Dalam beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan puasa pada bulan Ramadan.
Pada bulan ini, kita akan dimeriahkan dengan adanya bazar Ramadan untuk pembelian juadah bagi berbuka puasa khususnya.
Berikutan itu, kerajaan Terengganu telah mengumumkan satu kenyataan tentang pelarasan operasi bazar Ramadan di negeri ini.
Semua bazar Ramadan di Terengganu tidak akan dibenarkan beroperasi pada malam 1 Syawal.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Temptan dan Perumahan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu telah diarahkan memastikan tidak bazar dibuka pada malam hari berkenaan.
Wan Sukairi berkata ini bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan dilakukan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“PBT sudah memaklumkan perkara ini kepada penganjur di dalam taklimat yang diadakan sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu 2024, di Marang, di sini, hari ini.
Dataran Shahbandar, Batu Buruk dan Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) di Kuala Terengganu dikatakan adalah antara lokasi bazar Ramadan paling popular di Terengganu.
Sumber: Buletin TV3