Semasa bulan Ramadan, pelbagai minuman ditawarkan di bazar Ramadan. Banyak pilihan minuman yang menggiurkan disediakan bagi para pelanggan untuk dibeli sebagai hidangan berbuka puasa.
Antara yang selalu menjadi tarikan pelanggan adalah air balang. Air balang yang pelbagai warna dapat memikat hati ramai pelanggan yang berkunjung ke bazar.
Bercerita tentang air, seorang pelanggan bercerita tentang pengalamannya membeli air di Bazar Ramadan Alam budiman Seksyen U10 Shah Alam.
Menurut hantaran di laman Facebook, dia membeli air macam tabung shisha sehingga menyebabkan sukar untuk membawanya kerana terlalu panjang.
“Nohhhh rokiahh!!! Dah serupa tabung shisha.Tang tu takpa lagi. Masalahnya, bila kita bimbit, dia reja dok belaga kepala lutut.
Takkan nak angkat tangan macam Saloma nyanyi lagu “Bilaa larut malam..Tarakuchah chahh.. Tarakuchahh chaa..”, katanya.
Melihat kepada komen netizen ada yang mengatakan penjual sekarang banyak yang kreatif dan ini merupakan pemasaran penjual untuk menarik perhatian pembeli.
Melihat kepada komen, rata-rata netizen terhibur dengan posting di laman Facebook berkenaan.
“Nak bimbit pon segan sis..panjang nau, nmpk nau hausnye tu”.
Selain itu, ada juga netizen mengatakan bahawa hantaran sebigini dapat membantu peniaga untuk meraih lebih banyak pelanggan apabila dikongsikan di media sosial.
“Macam-macam gimik penjual/peniaga buat untuk tarik perhatian. Kalau beritahu lokasinya, mungkin ada yang berminat nak membeli. Dapat juga bantu peniaga cari rezeki. Dapat juga pahala menolong.. insha Allah ”
Melalui kisah ini, semoga peniaga lebih banyak mencari idea yang kreatif untuk menarik minat pelanggan bagi membeli jualannya.
Sumber: Mell Amelia