Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Jadi Tuhan..”, Chef Ammar Nafi Jualan Dah Tak Laku, Bagi Nasihat Kepada Sesiapa Yang Ingin Jatuhkannya

“Jangan Jadi Tuhan..”, Chef Ammar Nafi Jualan Dah Tak Laku, Bagi Nasihat Kepada Sesiapa Yang Ingin Jatuhkannya

Kategori:
Chef Ammar

Baru-baru ini, telah tular sebuah hantaran yang mendakwa perniagaan Nasi Arab oleh Chef Ammar di bazar Ramadan sudah tidak laku.

Ini berikutan tidak ramai yang beratur membeli juadahnya seperti sebelum ini.

Hantaran itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi orang ramai yang berpendapat mungkin ramai yang sudah memboikot perniagaannya.

Bagaimanapun, Chef Ammar yang ditemu bual oleh pencipta kandungan, Najee Mahshar by Nasi Kandaq Runner menafikan dakwaan terbabit kerana pada hari kejadian kedainya baru sahaja dibuka kepada orang ramai.

“Malaysia is on me now. Depa tunggu saya nak buat salah,”katanya. 

Masih Ada Yang Beratur, Walau Tak Ramai Macam Dulu Chef Ammar

Melihat kepada video yang berdurasi enam minit itu, kelihatan ramai pengunjung di bazar Ramadan Stadium Shah Alam beratur untuk membeli juadah berbuka di gerai ChefChef Ammar Amar.

Dalam video itu, Chef Ammar menjawab pelbagai persoalan seperti dakwaan perniagaannya tidak laku serta diboikot dan perbezaan resipi beliau dengan peniaga lain.

Dia menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya kepada golongan yang mempunyai niat untuk menjatuhkan perniagaanya supaya tidak membuat kerja tuhan.Chef Ammar

Dalam pada itu, beliau menyatakan tidak peduli dengan apa yang diperkatakan mengenai perniagannya kerana hanya tuhan yang menentukan rezeki.

“Kalau Tuhan izin nak jatuhkan saya, Tuhan izin. Kalau Tuhan tak izin, awak buat lima tahun lagi, awak tak boleh lah. 

“Ini semua kerja Allah. Jangan jadi Tuhan. Itu sahaja. Tapi Alhamdulillah terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sokong pernigaan saya,” kongsinya. 

Pun begitu, Chef Ammar juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti sokong perniagaannya.

Sumber: Najee Mahshar by Nasi Kandaq Runner

Baca juga: Netizen ‘Bising’ Harga Martabak Mencanak Naik? Menteri Tampil Bagi Penjelasan. Ini Sebabnya…

tags: |