Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Proses Pelupusan Sisa Jualan Bazar Ramadan Tarik Perhatian Netizen, Tak Tinggal Sampah Sarap Merata

Proses Pelupusan Sisa Jualan Bazar Ramadan Tarik Perhatian Netizen, Tak Tinggal Sampah Sarap Merata

Kategori:

Umum mengetahui bahawa Bazar Ramadan menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Malah, terdapat lebih dari 5 gerai yang menjual juadah yang sama.

Hal ini menyebabkan lebihan juadah yang tidak terjual itu dibuang begitu sahaja. Tetapi, ia berbeza pula dengan salah sebuah bazar di Putrajaya yang melakukan proses pelupusan sisa bagi juadah yang tidak habis dijual.

Bazar Ramadan Lakukan Proses Pelupusan Sisa

@studiokayangan Agk2 berapa byk jualan kt bazar yg tak habis, dibuang?? #kitarsemula #festivalramadanputrajaya2024 #pembersihanbazar #alamflora ♬ Ramadan – Lux-Inspira

Melihat kepada komen pengguna, ramai yang memuji pihak pengurusan kerana telah menyediakan tong untuk membuang sisa juadah yang tidak habis.

“ok la good management. klau pasar mlm, habis sampah sarap tinggai bersepah kt Tapak. bayangkan peniaga ikan tinggai isi perut atas jln kt Tamn Perumahan Kita.”

Proses Pelupusan Sisa

Insentif yang diambil oleh pihak pengurusan ini dapat memberi kesan yang positif untuk mengurangkan pencemaran di kawasan persekitaran. Ia juga dapat memudahkan urusan para peniaga untung membuang sisa jualan mereka.

“bagus buat mcm ni.. kalo x.. berbau air basi spanjang bazar tu sbb peniaga tuang lebihan air dlm longkang ja…”
Proses Pelupusan Sisa

Proses ini dianggap satu pembaziran?

Melihat kepada komen dari sudut lain pula, ada pengguna yang tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh peniaga di bazar tersebut kerana menganggap itu adalah satu pembaziran.

“lebih rela buang dari turunkan sikit harga. mana2 pun mcm tu. buah2 kemain mahal. last2 busuk buang.”
Proses Pelupusan Sisa

Hal ini bergantung kepada keadaan, jika makanan dan minuman terlalu banyak hingga tidak mampu dijual atau dibagi kepada sesiapa. Pilihan yang ada hanyalah buang dan menjalankan proses pelupusan sisa sahaja. Asalkan tidak dibuang merata tempat.

Melalui kisah ini, proses pelupusan sisa di bazar ramadan adalah satu idea yang sangat menarik. Sewajarnya, ia boleh dilakukan di semua bazar ramadan yang lain apabila berlakunya lebihan juadah berbuka seperti ini.

Sumber: studiokayangan

Baca juga: Peniaga Ayam Golek Tak Mahu Naikkan Harga Ayam Sehingga RM30, Mahu Ringankan Beban Pembeli

tags: