Siapa penggemar masakan Ayam Masak Kicap di sini? Anda pasti tahu hidangan Ayam Masak Kicap mempunyai pelbagai jenis cara masakan yang pelbagai.
Jika anda sudah jemu dengan cara masakan biasa, jom buat Ayam Masak Kicap Style Kedai Mamak yang padu dan menarik ini. Resipi ini dikongsikan oleh Fatin Pauzi di laman media sosialnya.
“Atin tak berapa suka masak kicap biasa. Rasa bosan sangat yang tu. Yang style Ayam Masak Kicap Style Kedai Mamak ni Atin suka. Dia cukup 3 rasa. Lepas tu rasa kari sikit. Rasa kunyit sikit.
“Memang best sangat. Rasanya lebih best dari Kari Masak Kicap Kedai Mamak,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Ini Resipi Ayam Masak Kicap Style Kedai Mamak, Memang Cukup 3 Rasa Sedap Makan Dengan Nasi Panas
Bahan-bahan:
- bahan perap ayam
- ayam
- serbuk kunyit – sekadarnya
- serbuk cili
- halia – tumbuk
- bawang putih – tumbuk
- kicap manis & kicap masin
Bahan Masak Kicap:
- kulit kayu manis
- bunga lawang
- bawang putih – cincang
- bawang merah – cincang
- halia – cincang
- lada kering – potong kecil
- daun kari
- hirisan tomato – 1 biji
Cara Penyediaan:
- Perap ayam menggunakan bahan-bahan disebutkan. Kicap kena pandai bahagikan sebaiknya agar rasa dah cukup. Kicap lebihkan sebab tak tambah dah kicap lain masa masak nanti. Pastikan serbuk kunyit tak terlalu banyak. Boleh guna serbuk paprika jika takda serbuk cili.
- Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
- Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dicincang tadi.
- Setelah layu, masukkan cili kering dan daun kari. Guna lada besar dan serbuk kari sebab takda bahan tu.
- Setelah layu, masukkan hirisan tomato.
- Kemudian masukkan ayam perapan tadi dan tutup kuali biar masak sekata.
- Kacau sebati hingga masak. Rasa terlebih dahulu samada cukup masin manis dan masam. Selepas tu boleh angkat.
Ayam Masak Kicap Style Kedai Mamak sedia untuk dihidang dengan nasi panas-panaas. Memang sedap dan lain dari Ayam Masak Kicap biasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: Fatin Pauzi
Baca juga: Jom Cuba Resipi Moreh Simple & Sedap Ini, Menu Roti Pizza Mini Yang Menyelerakan!