Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Antara Resipi Aneka Kacang Yang Turut DiSajikan Semasa Perayaan

Antara Resipi Aneka Kacang Yang Turut DiSajikan Semasa Perayaan

Kategori: ,
Resipi aneka kacang

Aneka kacang merupakan salah satu hidangan yang boleh disajikan sewaktu hari perayaan.

Selain dari biskut kacang juga merupakan hidangan yang paling digemari oleh tetamu yang menziarah ke rumah.

Ini antara resipi aneka kacang yang and boleh cuba.

Resipi Aneka Kacang

1) Kacang Tanah Goreng Tepung Rangup

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 labu bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang putih bersama sedikit garam.
  2. Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan bawang putih.
  3. Kacau dan masukkan kacang tanah, gaul rata.
  4. Masukkan tepung gandum, gaul hingga tepung melekat pada kacang sepenuhnyaa.
  5. Panaskan minyak, kemudian masukkan adunan kacang, biarkan seketika jangan kaacau.
  6. Apabila nampak sedikit garing, kacau supaya adunan kacang tadi terpisah.
  7. Atas api sederhana sentiasa kacau hingga adunan kacang berwarna keperangan.
  8. Angkat dan toskan minyaknya. Setelah sejuk baru hidangkan atau masukkan dalam bekas kedap udara. Resipi Aneka Kacang

2) Kacang Telur

Bahan-Bahan:

  • 600 gm kacang tanah (sangai dan buang kulit)
  • 150 gm gula halus
  • 2 biji telur
  • 4 sudu makan marjerin (cairkan)
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 6 ulas bawang putih (kisar)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan telur, margarin, gula halus, bawang putih, dan garam, kacau rata.
  2. Kemudian tuangkanlah dua sudu makan adonan telur ke dalam kacang, aduk hingga rata,
  3. Seterusnya masukkan kacang ke dalam bekas berisi tepung gandum.
  4. Golek-golekkan dalam tepung sehingga kacang tanah bersalut tepung sepenuhnya.
  5. Ulang kaedah salutan sehingga dua atau tiga kali untuk medapatkan ketebalan saluran yang cantik dan rangup.
  6. Panaskan minyak banyak atas api sederhana hingga kacang bertukar warna keperangan.
  7. Angkat dan toskan minyaknya.
  8. Setelah sejuk boleh hidanghkan atau simpan dalam bekas kedap udara. Resipi Aneka Kacang

3) Kacang Bawang Putih Rangup

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kacang tanah (tanpa kulit)
  • 2 sudu teh pes bawang putih
  • 6 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 2 sudu teh garam
  • 1 liter santan
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Reneh santan hingga mendidih, jangan sampai pecah santan. Kemudian matikan api.
  2. Campurkan kacang dengan santan, bawang putih dan garam dalam bekas besar. Gaul rata.
  3. Rendam kacang selama lebih kurang dua jam. Kemudian tapis dan toskan kacang,
  4. Goreng kacang dalam minyak panas sehingga masak dan kering.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Seterusnya goreng bawang putih yang sudah dikisar hingga wangi, kemudian campurkan dengan kacang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  7. Setelah sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Resipi Aneka Kacang

4) Kacang Telur Pedas Manis

Bahan-Bahan:

  • 500gm kacang tanah (cuci dan tos hingga kering)
  • 4 biji telur (pukul)
  • 8 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 100gm gula pasir
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh garam halus
  • 400gm tepung gandum (ayak)
  • 100gm tepung sagu (ayak)
  • Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Telur, serbuk cili, gula pasair, bawang putih dan garam, digaul rata.
  2. Kemudian masukkan kacang tanah, gaul rata, kemudian toskan.
  3. Seterusnya masukkan dalam campuran tepung gandum dan sagu.
  4. Ratakan, kemudian ulang langkah yang dua atau tiga kali sehingga mendapat ketebalan yang diinginkan.
  5. Panaskan minyak atas api sederhana hingga kacang masak dan berwarna keperangan.
  6. Angkat dan tos, setelah sejuk, sedia dihidangkan atau simpan dalm bekas kedap udara. Resipi Aneka Kacang

5) Kacang Goreng Ala Thai

Bahan-Bahan:

  • 1kg kacang tanah tanpa kulit
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu makan udang kering (rendam, sangai dan kisar halus)
  • 20 helai daun limau purut| buang tulangnya
  • 20 ulas bawang putih (hiris nipis, goreng dan cincang halus)
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Bahan kisar halus
    – 10 tangkai cili kering
    – 8 batang serai ambil batang muda

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, goreng kacang hingga kuning keperangan. Angkat dan tos.
  2. Panaskan tiga sudu makan minuak masak, tumis bahan kisar halus hingga wangi.
  3. Tambah gula, garam dan cuka. Kacau rata , baru masukkan kacang goreng dan udang kering sangai, daun limau purut.
  4. Goreng dengan api kecil sambil terus kacau.
  5. Angkat dan tambahkan bawang putih goren.
  6. Tuang kacang ke dalam loyang, ratakan dan panggang dalam ketuhar dengan suhu 130C hingga kacang dan daun limau purut kering.
  7. Biarkan sejuk, kemudian sedia dihidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara. Resipi Aneka Kacang

 

Ini merupakan antara resipi aneka kacang yang paling laris sewaktu musim perayaan. Selamat mencuba!

 

Sumber : Baisyiah Budiman 

tags: |