Seorang peniaga terkenal tampil membuat permohonaan maaf di laman TikToknya selepas video dia menggaul makanan menggunakan sarung tangan kuning tular hingga menjadi bualan ramai.
Melihat kepada video tersebut, peniaga berkenaan berlapang dada dan menunjukkan sifat yang baik dalam menerima teguran orang ramai berkenaan hal tersebut.
“Tentang glove saya berwarna kuning itu, first of all saya minta maaf. Kali ini memang saya salah. Saya memang betul-betul tak sangka sebab saya fikirkan glove kuning tu memang food grade.
“Dan kuning tu adalah our brand color. Saya suka warna kuning. Tapi ya lah kali ini memang saya salah, insyaAllah saya akan betulkan dan akan buat lebih baik lagi lepas ni,” katanya dalam video berkenaan.
Selain itu, dia juga mengatakan semoga isu ini menjadi peringatan dan tauladan juga kepada peniaga lain untuk lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara.
“Seperti yang KKM kata, tak sesuai digunakan saya dah buang dah pun. Terima kasih KKM. Semoga menjadi pengajaran untuk peniaga-peniaga lain juga untuk lebih berhati-hati,” jelasnya lagi.
@daniasedek Replying to @nia🌧️ Terima kasih sayang sebab tegur dengan baik 🥰 Dania mohon maaf atas kekhilafan Dania. Lepasni Dania akan lebih alert dan akan tukar glove jenis Nitrile (powder-free-glove) untuk mengendalikan makanan seperti yang disarankan oleh KKM. Terima kasih KKM sebab tegur. Semoga saya dan semua dapat pengajaran dari isu ini ❤️
@daniasedek Replying to @nia🌧️ ♬ Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna
Terdahulu, tular sebuah video di laman media sosial berkenaan penggunaan sarung tangan kuning dan ‘food grade’.
Melihat kepada komen netizen, ramai yang memujinya kerana tidak cepat melatah dan melenting apabila mendapat kecaman.
“So positif! This kind of attitude yaang perlu ada pada semua business person. Tak betul, kita betulkan. Dan take itu positively,” kata salah seorang netizen.
Sumber: Daniasedek
Baca juga: Tular Video Peniaga Gaul Air Asam Siam Guna Sarung Tangan Kuning, KKM Beri Peringatan & Nasihat