Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan masing-masing dengan keunikan tersendiri yang lain daripada lain.
Seperti seorang kanak-kanak kecil yang baru berusia 2 tahun ini, kisah unik bercampur comelnya menjadi ‘waiter’ di sebuah kedai minuman menarik perhatian ramai.
Walau masih kecil, ia sudah menunjukkan bakat yang sungguh mengagumkan.
Si kecil comel atau dikenali sebagai “abang aji” menunjukkan kecekapan yang luar biasa dalam menyelesaikan kerja yang diberikan seperti menghantar pesanan minuman kepada pelanggan.
@cocochills Staf baru cocochills bang ajii #cocochills #coconutshake #amanjayamall #ramadhan2024 #bangaji
@cocochills Staf baru cocochills bang ajii #cocochills #coconutshake #amanjayamall #ramadhan2024 #bangaji ♬ AnySoundEffects Funny Song Cavendish – Any Sound Effects
Dengan usianya yang baru dua tahun, gelagatnya yang membantu berniaga itu telah menarik perhatian banyak orang disebabkan oleh kecomelannya.
Berdasarkan komen netizen, banyak yang mengatakan bahawa budak lelaki 2 tahun tersebut akan mudah mendapat pekerjaan di masa depan kerana memiliki banyak pengalaman.
“Banyak pengalaman kerja kamu ni aniq, cerah masa depan!”
“Serba boleh ya Bang Aji. Tokey ayam pon dia. kalini jual air pulak. ni baru betul umur 20, pengalaman kerja 22 tahun. semangat bang ajii”
Melihat kepada telatah dan bakat adik ini, kemahiran dan kecekapan luar biasa dalam menyelesaikan tugasan menunjukkan bahawa si kecil ini mempunyai potensi yang besar untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Semoga terus tumbuh dengan jayanya.
Sumber: cocochilss
Baca juga: Resipi Mi Goreng Kicap Cara Makcik Kantin, Tiada Rencah Cuma Kicap Tapi Rasanya Sedap Sangat