Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Cina Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Dengan Muslim, Siap Dapat Air Jagung Percuma

Wanita Cina Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Dengan Muslim, Siap Dapat Air Jagung Percuma

Kategori: ,
Berbuka puasa

Kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia merupakan aset yang unik dan berharga.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Mavis di laman TikTok nya, pengalaman berbuka puasa bersama-sama Muslim yang berpuasa di Dataran Putrajaya adalah contoh sikap perpaduan antara masyarakat majmuk.

Wanita Cina Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Dengan Muslim, Siap Dapat Air Jagung Percuma

Dataran Putrajaya baru-baru ini menjadi saksi kisah keindahan dan keharmonian ketika dua wanita ‘non-muslim’ memutuskan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan komuniti Muslim setempat.

Video itu menampilkan momen yang penuh bermakna, menunjukkan kepentingan toleransi dan menghormati perbezaan antara kaum dan agama di Malaysia tanpa dikriminasi.

“Iftar bersama-sama. Our first experience picnic style buka puasa,” katanya dalam hantaran video tersebut.

Dalam video itu juga, wanita Cina itu menyatakan bahawa agama Islam mengajarkan tentang indahnya jika seseorang itu berkongsi rezeki dan menderma.

Ini apabila ada beberapa orang lelaki di sana mengedarkan air jagung percuma kepada semua termasuk kepada ‘non-Muslim’ yang turut serta untuk berbuka puasa bersama. Tindakan tersebut menggariskan sifat ‘sharing is caring’.

“Lagi banyak rezeki you buat, lagi banyak rezeki you dapat nanti,” tulisnya dalam video tersebut.

@maviswfitness

Ni baru la satu Malaysia🥹🫰🏻 #SukanDiTikTok #KongsiBersama #KongsiPOV @allison_phuise

♬ Marhaban Ya Ramadan – TonsTone

@maviswfitness Ni baru la satu Malaysia🥹🫰🏻 #SukanDiTikTok #KongsiBersama #KongsiPOV @allison_phuise ♬ Marhaban Ya Ramadan – TonsTone

Lantaran video tular itu, kisah ini menerima reaksi yang positif dari orang ramai yang menjadikan ia sebagai peringatan untuk menghormati dan meraikan kepelbagaian budaya serta agama di Malaysia.

“Beautiful! Wish to have more content like thisnowadays in Malaysia regarding the races issues”

Berbuka puasa

“Thanks respect each other religion. Macam ni kita nak”

Berbuka puasa

 

Kisah ini telah menunjukkan contoh yang baik tentang bagaimana perpaduan dan keharmonian dapat dicapai melalui penghayatan terhadap perbezaan.

Sumber: maviswfitness

Baca juga: Lelaki Cina Sedekahkan Bungkusan Nasi Untuk Muslim Buka Puasa Di Masjid, Kisah Lelaki Ini Sentuh Hati Ramai Oran

tags: | |