Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sebiji Burger RM30, Roti John Sampai RM40..”, Pelanggan Kesal Harga Makanan Bazar Mahal, Caj Beg Plastik Hingga 50 Sen

“Sebiji Burger RM30, Roti John Sampai RM40..”, Pelanggan Kesal Harga Makanan Bazar Mahal, Caj Beg Plastik Hingga 50 Sen

Kategori: ,
harga makanan mahal

Peniaga di Bazar Ramadan Taman Suria di sini didakwa menjual makanan dengan harga makanan mahal yang tidak masuk akal malah sehingga ke tahap ‘cekik darah’.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, seorang pengguna yang menggunakan nama Pok Teh mendakwa, harga makanan di bazar tersebut mahal kerana peniaga menyasarkan pelanggan dari Singapura.

Sasar Pelanggan Dari Singapuraharga makanan mahal

Dia menyifatkan harga makanan dijual peniaga tersebut adalah nombor satu paling mahal dalam bazar Ramadan negara ini.

“Contohnya harga burger sampai RM30 dan harga roti john sampai RM40. Bukan itu sahaja, mereka sanggup caj bagi beg plastik hingga 50 sen. Nak tak nak terpaksa beli, takkan nak bawa makanan macam tu tanpa beg plastik.

“Saya menasihati golongan B40 yang mengunjungi bazar berkenaan supaya lebih berhati-hati kerana makanan dijual mungkin di luar kemampuan. Lebih baik tanya harga dulu sebelum beli makanan. Mereka menyasarkan warga Singapura.

“Mereka tahu sebelum ini orang Singapura selalu datang ke Taman Suria apabila mahu makan makanan Malaysia,” katanya.

Perkongsian lelaki tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang mempunyai pengalaman kurang memuaskan ketika membeli makanan di situ.

Seorang pengguna menyatakan dia membeli sebungkus nasi kerabu dengan harga RM20 manakala ada pelanggan menyatakan membeli empat biji popiah dengan harga RM10.

“Nasi Kerabu Sampai RM20, Popiah Dengan Harga RM10”

harga makanan mahal

Terdapat juga pelanggan yang mendakwa membeli ikan pari bakar bersaiz kecil seperti sebesar tapak tangan dengan harga RM40 di bazar berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya tidak menerima aduan rasmi berkaitan harga makanan di bazar berkenaan setakat ini.

“Bagaimanapun berdasarkan maklumat harga makanan mahal dalam media sosial, kami akan menjalankan pemantauan harga di bazar berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Lelaki Cina Sedekahkan Bungkusan Nasi Untuk Muslim Buka Puasa Di Masjid, Kisah Lelaki Ini Sentuh Hati Ramai Orang

tags: | | |