Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dakwaan Burger RM30, Roti John RM40 Di Sebuah Bazar Tidak Berasas, Makanan Dijual Dengan Harga Berpatutan

Dakwaan Burger RM30, Roti John RM40 Di Sebuah Bazar Tidak Berasas, Makanan Dijual Dengan Harga Berpatutan

Kategori: ,
burger RM30

Penganjur Bazar Ramadan Taman Suria menafikan dakwaan terdapat peniaga yang menjual burger RM30 dan roti John dengan harga RM40 bagi mengaut keuntungan lebih.

Menurut laporan Harian Metro, jurucakap penganjur berkata, dakwaan tidak berasas berkenaan bukan saja menjejaskan imej peniaga malah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Katanya, pihaknya yakin harga makanan ditawarkan di bazar berkenaan mengikut kemampuan rakyat tempatan termasuk komuniti sekitar.

“Burger ditawarkan dengan harga RM6 manakala roti John dijual dengan harga RM10 hingga RM15.

4 Roti John Dalam Satu Bungkus RM40, Bukan Satu Roti Johnburger RM30

“Ada peniaga yang menjual bungkusan mengandungi empat roti John dengan harga RM40 bukan sebungkus RM40.

“Peniaga menjual produk dengan harga munasabah berdasarkan kandungan, kualiti dan kuantiti bahan yang digunakan serta sentiasa mempamerkan harga bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan,” katanya.

Terdahulu, tular di TikTok dan Facebook (FB) berkaitan roti John dijual pada harga RM40 dan burger berharga RM30, selain caj bekas plastik sebanyak 50 sen.

Beliau berkata, sehingga kini tiada isu harga makanan mahal yang timbul dan bazar Ramadan terbabit yang menerima kunjungan kira-kira 6,000 pengunjung pada hujung minggu selain 3,000 pengunjung pada hari bekerja.

“Malah bazar kami juga menerima pelbagai ulasan positif termasuk daripada media luar negara, saya pelik mengapa ada pihak yang sengaja menimbulkan isu tidak munasabah bagi menutup rezeki peniaga Bumiputera.

“Peniaga kami sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika melakukan pemeriksaan atau pemantauan,” katanya.

Peniaga Jual Harga Berpatutan, Selalu Bagi Kerjasama Dengan Pihak Berkuasaburger RM30

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di bazar berkenaan dapati kebanyakan makanan masih dijual dengan harga berpatutan.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, susulan isu tular berkenaan pihaknya melakukan pemantauan menerusi Ops Samar Padma hari ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas, dan siasatan ke atas gerai menjual roti John juga mendapati tiada harga jualan yang mencecah RM40.

“Terdapat lebih kurang lima gerai jualan roti John yang menjual dengan harga antara RM6 hingga RM15.

“Siasatan ke atas jualan burger juga mendapati tiada harga jualan burger RM30 seperti yang ditularkan dan terdapat dua gerai jualan burger yang mana harga jualan antara RM6 hingga RM10,” katanya.

Lilis Saslinda berkata, hasil siasatan ke atas caj bekas plastik yang dikenakan oleh peniaga juga tiada sebagaimana yang ditular.

“Hasil pemeriksaan hanya menghasilkan satu kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana gagal mempamerkan tanda harga pada barangan air botol berperisa teh.

“Satu kompaun dikeluarkan dan peniaga menjelaskan bayaran kompaun sejumlah RM200,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Wanita Cina Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Dengan Muslim, Siap Dapat Air Jagung Percuma

tags: | | |