Dalam bersahur, kebanyakan dari kita inginkan hidangan ringan dan tidak berat untuk mengisi perut sebagai persediaan bagi menghadapi hari yang panjang ketika berpuasa.
Ada yang memilih juadah roti, ataupun perapan oat serta lain-lain hidangan ringkas yang mengenyangkan.
Tidak kurang juga dengan pilihan mi segera Indomie yang menjadi pilihan ramai. Seperti kisah peniaga yang menjual Indomie dan minuman Extra Joss di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Melihat kepada sosial media, ramai orang membuat hantaran video tentang Indomie Abang Satria yang menjadi tular dan disebut ramai oleh netizen.
Ia menjadi pilihan ramai terutamanya anak muda untuk bersahur sambil menikmati persekitaran di sana.
Seperti video yang tular di laman media sosial yang dimuatnaik oleh abucarimakan, videonya tular sehingga 400 ribu tontonan dan 300 lebih komen netizen.
“Mee segera beratur,” tulisnya di kapsyen video.
Melihat kepada video tersebut, ramai yang sanggup beratur untuk membeli Indomie Abang Satria kerana kesedapannya yang ringkas dan kena dengan tekak ramai.
Ia dihidangkan dengan Indomie di dalam mangkuk bersama telur mata dan cili padi merah serta sambal yang dimasak sendiri selain perencah sedia ada. Bersama dengan itu juga, perahan asam limau dikenakan sebelum menikmati Indomie berkenaan.
Melihat kepada menu minuman pula, air Extra Joss dijual dengan harga RM3. Sememangnya kombinasi yang menarik.
@abucarimakan Mee Segera beratur #abucarimakan #kongsibersama #moreh #sahur #indomie
@abucarimakan Mee Segera beratur #abucarimakan #kongsibersama #moreh #sahur #indomie ♬ original sound – abucarimakan
Meninjau komen netizen, ramai yang sudah pergi dan menyatakan bahawa makanan yang disediakan bersama ‘vibes’ di sana sangat menarik.
Ada yang sudah pergi beberapa kali tetapi tidak sempat untuk mencubanya kerana habis dijual.
“Dua kali perfi takda rezeki lagi nak try. Habis laku keras betul!” kata netizen.
Semoga pernigaan Indomie Abang Satria sentiasa dimurahkan rezeki kerana menjual dan menjamu orang ramai untuk sahur bersama ‘vibes’ yang menyeronokkan!
Sumber: abucarimakan