Setiap tahun, pempengaruh media sosial yang juga merupakan usahawan berjaya itu tidak lokek untuk membelanjakan wang demi menggembirakan pekerjanya.
Khairul Amin Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Khairulaming mendapat perhatian pengikut di laman Tiktok miliknya selepas berkongsi momen bersama para pekerja.
Menerusi video yang tular itu, Khairulaming menyatakan yang dia telah menutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang pekerja.
Ini kerana, usahawan ini membawa kesemua pekerja untuk membeli baju raya di salah sebuah butik pakaian berjenama.
Setelah itu, dia juga membawa mereka ke pasar raya untuk membeli barang dapur untuk keluarga di rumah.
Jelas terpancar kegembiraan di wajah kesemua pekerja apabila mendapat layanan yang begitu istimewa dari seorang bos.
Malah, dia juga turut memberikan bonus kepada setiap pekerja untuk kegunaan sempena menyambut Aidilfitri dan membawa para pekerja untuk menikmati juadah berbuka puasa di hotel.
“Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak. “
@khairulaming Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 #KongsiBersama #KongsiSelera #IftarwithKhairulaming
@khairulaming Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 #KongsiBersama #KongsiSelera #IftarwithKhairulaming ♬ original sound – Khairulaming
Menurut komen netizen, ramai yang mengatakan pekerja Khairulaming sangat bertuah apabila mendapat bos yang baik dan sentiasa mengutamakan pekerja.
“the best boss in the world
“ya Allah bestnya lah dpt boss mcm KA.syukur ye korang jgn cari kerja lain okeyh”
“Bagusnyaa khairul aming. Saya doakn anda terus berjaya dan beri manfaat kepada semua”
Sikap pemurah Khairulaming yang tidak melupakan kebajikan pekerjanya sangat memberi inspirasi kepada semua netizen. Apa yang dilakukan oleh Khairulaming semestinya sebagai tanda penghargaan kepada semua pekerja kerana telah bertungkus lumus dalam membantu menjayakan perniagaannya.
Sumber: Khairulaming