Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dalam Perjalanan Balik Kampung Hari Raya Pertama, Pemandu Bas Ajak Penumpang Beraya Di Rumah

Dalam Perjalanan Balik Kampung Hari Raya Pertama, Pemandu Bas Ajak Penumpang Beraya Di Rumah

Kategori:
penumpang beraya

Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau adalah perayaan bagi umat Islam tidak mengira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India Muslim dan lain-lain.

Perayaan ini biasanya mengumpulkan sanak saudara dan rakan taulan untuk sama-sama meraikan Hari Raya dengan ditemani juadah makanan serta minuman yang pelbagai.

Ia sebagai simbolik menyambut hari kemenangan dan mendatangkan keriangan sesama kita. Dalam menjamu orang lain untuk makan bersama, ia mengajarkan sikap untuk saling mebantu di antara satu sama lain.

Baru Balik Kampung Raya Pertama, Pemandu Bas Ajak Penumpang Beraya Di Rumah Mentua

Seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini, seorang pemandu bas Indonesia menerima pujian warga maya apabila budi pekerti dan sifat baik menjemput penumpang beraya menjadi tular di media sosial.

Menurut hantaran @octavpietherdjumapny, dia berkongsi kisah tentang pemandu bas yang difahamkan telah membawa seramai 30 orang penumpang berkunjung dan menjamu selera di rumah mentuanya pada sambutan Aidilfitri kali ini.

Tindakan pemandu berkenaan yang dikenali sebagai Syatir mendapat perhatian ramai kerana kebaikannya membawa penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Palu menuju ke Makassar di Sulawei Selatan.

Dalam perjalanan tersebut, salah seorang penumpang mengadu kelaparan. Malangnya, mereka tidak menemui mana-mana kedai makan yang dibuka di tepi jalan pada hari tersebut.

Menyedari situasi ini, Syatir secara diam-diam kemudian memandu bas tersebut menuju ke rumah mentuanya dan merancang untuk membawa para penumpang menjamu selera di sana.

Pada masa yang sama, Syatir turut menghubungi keluarga mentuanya untuk menyatakan hajat tersebut dan meminta izin mereka terlebih dahulu.

“Memang di rumah mentua mereka sudah menyediakan banyak makanan kerana sambutan perayaan. Tetapi saya hubungi dahulu kerana khuatir makanannya tidak cukup,” kata Syatir lagi.

Mentua Selalu Jamu Makan Orang Ramaipenumpang beraya

Setibanya di sana, para penumpang bas berkenaan pada awalnya merasa hairan dengan tindakan Syatir singgah di sebuah rumah berdekatan kawasan kampung.

Selepas dijemput naik ke rumah dan menjamu selera mengikut tradisi orang Bugis, barulah mereka menyedari apa yang berlaku. Semua penumpang Syatir merasa amat bersyukur dan turut berterima kasih dengan budi pekerti yang ditunjukkan keluarga tersebut.

Keluarga mentua Syatir juga enggan menerima sebarang bayaran kerana meraikan semangat saling bantu membantu sempena hari lebaran.

@octavpietherdjumapny sehat selalu pak satir #tiktokpalu #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral ♬ suara asli – octavpietherdjumapny

“Terima kasih Orang Baik”penumpang beraya

Dalam pada itu, sebilangan besar warga maya yang tersentuh dengan kebaikan pemandu bas serta keluarga mentuanya difahamkan berhajat untuk memberi sedikit sumbangan kepada mereka sebagai tanda berkongsi rezeki.

Sumber: octavpiethedjumpny

Baca juga: Prihatin Tengok Anak Perantau Hadap Kesesakan Lalu Lintas Pulang Beraya, Sekumpulan Pemuda Kongsi Rezeki Agih Tembikai Untuk Orang Ramai

tags: | |