Siapa yang tidak kenal akan abang burger viral Faisal Burger yang telah viral baru-baru ini dikenakan kompaun sebanyak RM50,000. Berita mengenai beliau tular kerana kompaun dikenakan itu adalah kerana menjual burger terlebih masa dan tidak mengikut prosedur SOP.
Selepas mendapat khabar berita tersebut, artis Malaysia iaitu Neelofa muncul memberi keterangan ingin membantu membayar kompaun RM50,000 abang burger tersebut kerana merasa kesian.
Namun, yang terbaharu pula hasil daripada siasatan dan selidik daripada netizen-netizen kita ini berjaya membongkar sifat sebenar abang burger viral ini. Rupanya abang burger ini sudah beberapa kali kerap melanggar SOP sejak Perintah Kawalan Pergerakkan diumumkan.
Polis pernah datang beri amaran tapi sebab nampak kerek langgar SOP, orang kampung pun buat laporan. Sebab tu dia kena saman sebab langgar SOP
Didakwa kedai burger ini sebenarnya melanggar SOP kerana buka kedai sehingga jam pukul 1 sehingga 2 pagi. Malah juga, kedai ini dijadikan menjadi port orang melepak ditengah malam sehingga penuh kereta.
Dikatakan juga, beliau pernah disaman sebanyak RM1K namun diabaikan arahan begitu sahaja.
Melalui posting ini. Abang burger ini juga pernah membuka kedai burger beliau sehingga jam 4 pagi. Sangat jelas melanggar prosedur SOP yang ditetapkan.
Pendedahan mengenai abang burger ini sangat membuatkan netizen berasa sedih dan kecewa kerana abang burger ini telah menipu rakyat Malaysia.
Macam mana dengan pendapat anda semua? Adakah saman beliau berharga RM50K itu kekal atau patut diubah kerana status “abang burger” ini?
p/s : Dengar khabar Khairul Aming pun viral kerana sambal nyet dikatakan palsu
Sumber : Faizal Burger