Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nak Jadi Rider? Abang Ini Bagi Sebab Mengapa Pekerjaan Itu Tak Berbaloi & Nasihat Anak Muda..

Nak Jadi Rider? Abang Ini Bagi Sebab Mengapa Pekerjaan Itu Tak Berbaloi & Nasihat Anak Muda..

Kategori:
Abang Ini Bagi Sebab Mengapa Pekerjaan Itu Tak Berbaloi

Pekerjaan sebagai penghantar makanan mendapat sambutan ramai, terutamanya ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun sebelum ini.

Ia memberi peluang pekerjaan bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan atau tersempit dengan kos kehidupan yang semakin membebankan. Malah, ada juga penghantar makanan yang mampu meraih ribuan ringgit dengan pekerjaan yang dilakukan.

Namun semenjak akhir-akhir ini, pendapatan penghantar makanan semakin meresahkan. Dan di sini, seorang rider berkongsi ceritanya dan nasihatnya buat anak muda yang ingin melakukan pekerjaan itu.

Nak Jadi Rider? Abang Ini Bagi Sebab Mengapa Pekerjaan Itu Tak Berbaloi & Nasihat Anak Muda..

wak_east yang bekerja sebagai seorang penghantar makanan, berasa amat resah apabila ramai golongan muda yang menunjukkan minat dengan pekerjaannya.

Hanya perlu memiliki motosikal dan lesen serta menghantarkan pesanan ke lokasi pelanggan, pekerjaan tersebut kelihatan teramat mudah. Malah, waktu bekerja pun fleksibel, siapa sahaja yang tak suka, kan? Abang Ini Bagi Sebab Mengapa Pekerjaan Itu Tak Berbaloi

Namun bagi lelaki itu, pekerjaan yang dilakukan sekarang sangat memenatkan, lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang.

Barangkali dengan kelonggaran dan orang ramai mula keluar dari rumah, permintaan untuk perkhidmatan penghantaran makanan semakin berkurangan, jadi keadaan mereka sangat ‘tenat’. Abang Ini Bagi Sebab Mengapa Pekerjaan Itu Tak Berbaloi

Tambahnya, waktu bekerja lebih kepada menunggu pesanan datang dan mereka juga terpaksa bekerja selama 13 hingga 15 jam untuk bekerja semata-mata untuk mencapai target. Abang Ini Bagi Sebab Mengapa Pekerjaan Itu Tak Berbaloi

Sedar bahawa mungkin ramai anak muda ingin beralih dan melakukan pekerjaan itu, dia sebaliknya menasihati mereka untuk fikir masak-masak dan mencari pekerjaan tetap yang mampu menjamin masa hadapan.

@wak_east Geng Rider tengah tenat sekarang #fyp #foodrider #hustle #fypシ ♬ suara asli – Danzz? 🎟

Menjengah di ruangan komen, rakan rider lain turut kongsi perkara sama yang turut dialami mereka di mana mereka turut terbeban dengan keadaan sekarang.

Pengalaman Sama Turut Dialami Rider Lain Abang Ini Bagi Sebab Mengapa Pekerjaan Itu Tak Berbaloi

Walaupun pekerjaan penghantar makanan ada sisi positifnya, tapi ia bukan untuk semua. Jadi sebelum ingin commit diri anda pada pekerjaan ini, pastikan anda fikirkan dulu sebelum membuat keputusan.

Kredit: wak_east

Baca Juga: Wanita Hamil Kecewa Peniaga Pisang Goreng Guna Pisang Lembik, Terus Rosak Mood Untuk Makan

tags: | |