Setiap manusia perlu diperlakukan dengan baik dan tidak dilayan dengan buruk. Namun masih ada segelintir individu di luar sana yang melakukan diskriminasi dan perbuatan buli terhadap individu dari kelompok minoriti atau kurang upaya.
Hal tersebut seharusnya tidak berlaku dan juga boleh menjejaskan imej banyak pihak. Tapi oleh kerana berasa hebat dan megah dengan kuasa yang ada pada diri, sesentengah orang akan menyalahgunakannya untuk menganiaya insan-insan yang lemah.
Hangat di media sosial, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dan marahnya dengan sikap beberapa orang manager di salah satu cawangan McDonald’s yang telah bertindak tidak adil dan dengan sengaja memalukan serta menganiaya adiknya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).
Berkongsi hal tersebut di laman Facebook, adiknya yang berkerja sebagai pekerja separuh masa di McDonald’s cawangan Forest Height, Senawang tidak melaporkan diri untuk bertugas memandangkan waktu bekerjanya ditentukan oleh jadual yang ada.
Setelah dihubungi kerana adiknya tidak datang untuk bekerja, pihak manager menjelaskan bahawa nama adiknya tetap terpapar dalam jadual itu. Namun apa yang lainnya adalah mereka menggunakan nombor untuk merujuk buat adiknya yang OKU. Disitulah bermulanya rasa tidak puas hati kerana lelaki tersebut berasakan adiknya diperlakukan dengan tidak adil.
Setelah hal tersebut tular di media sosial, pihak McDonald’s Malaysia bertindak dengan pantas untuk menyelesaikan isu tersebut. Kecewa dengan sikap pekerja-pekerja di cawangan tersebut dan telah mengambil tindakan keatas mereka yang terlibat.
Tambahan pula mereka telah pun menghubungi keluarga yang terkesan dengan insiden tersebut dan berjanji akan sentiasa memastikan agar sikap sebegitu tidak wujud di kalangan pekerja-pekerja mereka.
Pihak Atasan McDonald’s Respon
Sepatutnya hal sebegini tidak terjadi. Oleh kerana tindakan kurang bertanggungjawab dari pekerjanya, ia telah menjejaskan nama baik dan imej yang sudah lama dijaga oleh pihak McDonald’s.
Namun, pihak atasan cepat bertindak dan semoga tindakan sewajarnya dapat diambil pada individu-individu tersebut.
Kredit: Muhammad Hanis, McDonald’s Malaysia
Baca Juga: Pesakit Covid Beri Kurma & Ajak Jururawat Makan Bersama, Akhir Sekali Terpaksa Ditolak Kerana..