Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Netizen Terkejut Pertama Kali Lihat ABC 3 Layer Pelas Di Kenduri, Terima Banyak Tempahan. Tak Sampai 2 Jam ABC Dihabiskan Tetamu

Netizen Terkejut Pertama Kali Lihat ABC 3 Layer Pelas Di Kenduri, Terima Banyak Tempahan. Tak Sampai 2 Jam ABC Dihabiskan Tetamu

Kategori: ,

Apabila musim kenduri, pasti tetamu akan dihidangkan pelbagai makanan yang beraneka. Kebiasaanya akan disediakan oleh pihak katering sendiri atau tuan rumah tempah di tempat lain dan dijadikan gerai semasa kenduri.

Lain pula dengan kedai ini, menerima tempahan ABC 3 layer di dalam pelas dan mendapat perhatian daripada netizen kerana ini adalah pertama kali. Idea yang sangat bernas dan kreatif daripada tuan kedai tersebut.

Netizen Terkejut Pertama Kali Lihat ABC 3 Layer Pelas Di Kenduri, Terima Banyak Tempahan. Tak Sampai 2 Jam ABC Dihabiskan Tetamu

nurfaizalbl menunjukkan cara mereka menyediakan ABC 3 layer pelas di TikTok laman media sosial beliau. Netizen terkejut apabila tidak pernah terfikir bahawa dengan buat begini, dapat menghasilkan idea kreatif.

Di dalam pelas tersebut diletakkan pelbagai jenis yang ada di dalam ABC, seperti cincau, jagung dalam tin, kacang merah dalam tin, kacang goreng, susu cair dan susu.

ABC 3 layer

Susu juga banyak tin diletakkan di dalam ABC 3 layer ini kerana risau jika air batu sudah cair, tawar. Ramai bertanya, adakah ianya tidak cair apabila berada di dalam pelas tersebut.

Beliau mengatakan tidak sampai 2 jam, ABC 3 layer ini akan habis kerana tetamu kenduri semestinya ramai dan dahagakan minuman manis.

ABC 3 layer

ABC 3 layer 1 pelas ini berharga RM135 sahaja dan kedai Lesung Pipit Kitchen ini terletak di Pokok Sena, Kedah.

Rasa Puas Tengok Macam Ni

Menjengah di ruangan komen, ramai yang bertanya bagaimana cara nak cedok? Adakah bahan-bahan tersebut akan sebati hingga ke bawah? Macam-macam pertanyaan yang ditanya oleh para netizen.

“Nanti nak beli mesin nak try buat sendiri”, komen shamsul.add mengatakan bahawa ingin beli mesin kisar ABC dan cuba sendiri.

“Kena pulak panas-panas ni, terbaik”, komen Faniza Mohd Isa bahawa ABC 3 layer ini sesuai diminum ketika musim panas dan apatah lagi musim kenduri ketika cuaca yang panas.

ABC 3 layer ABC 3 layer ABC 3 layer ABC 3 layer

Dapat kita saksikan, para netizen menyambut baik ABC 3 layer pelas kenduri ini dan ramai yang ingin menempah dengan beliau.

Selamat maju jaya Lesung Pipit Kitchen.

Kredit: nurfaizalbl

Baca Juga: Lelaki Ini Dedah Cara Buka Durian Semudah ABC, Hanya Guna Chopstick. Sekejap Je Dah Boleh Buka!

tags: | |