Kenduri kahwin adalah perkara yang paling menggembirakan untuk keluarga besar kerana sebuah masjid telah terbina. Mempunyai hubungan yang halal adalah perkara yang paling terindah di dalam Islam kerana syaitan akan menangis melihat kebahagiaan kita.
Di sesetengah negeri akan ada acara diadakan untuk kanak-kanak seperti acara baling gula-gula. Di mana pengantin akan baling gula-gula tersebut dan akan dikutip oleh kanak-kanak. Tapi untuk kenduri ini, lain pula jadinya apabila…
Kemeriahan kenduri kahwin ini dengan acara baling gula-gula untuk kanak-kanak ini dikongsikan oleh hanisssszaini di laman media sosial TikToknya.
Apa yang melucukan adalah, bukan kanak-kanak yang semangat untuk ambil gula-gula itu, tetapi bapak-bapak pula.
Ketika itu, seorang lelaki yang memakai topi hitam sambil mendukung anaknya senang bersiap-sedia untuk kutip gula-gula yang akan dibaling oleh pasangan pengantin itu.
Di belakangnya ada kanak-kanak lain yang juga sedang menunggu. Tapi, apa yang melucukan adalah, ketika ingin baling gula-gula itu. Ramai pula bapak-bapak yang ‘join’ sekali.
Kalau kita orang dewasa yang ada di tempat itu juga semestinya akan ‘excited’ juga kerana jarang-jarang sekali majlis kenduri ada acara seperti ini.
Zaman kanak-kanak kita dulu tiada pula acara seperti ini.
@hanisssszaini Korang penah jumpa tak acara baling gula gula mcm ni time kenduri kahwin? Sepatutnya acara ni yg join bebudak je, tapi ni lain plk ceritanya 😅
@hanisssszainiKorang penah jumpa tak acara baling gula gula mcm ni time kenduri kahwin? Sepatutnya acara ni yg join bebudak je, tapi ni lain plk ceritanya 😅♬ Bunga Rampai – Zaleha Hamid
Menerusi di ruangan komen, ramai yang turut sama teruja dengan acara baling gula-gula ini kerana jarang sekali akan ada acara seperti ini.
Semoga di acara kenduri kahwin yang lain nanti akan ada acara baling gula-gula ini lagi kerana ia akan lagi memeriahkan majlis kenduri itu.
Orang dewasa seperti bapak-bapak di dalam video ini juga turut serta teruja untuk menyertainya.
Kredit: hanisssszaini