Rambut merupakan makhkota berharga yang perlu kita jaga. Bukan saja wanita, lelaki sekarang pun perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tidak dijaga, pelbagai masalah rambut akan timbul dan anda akan kelihatan lebih tua dan mengalami pelbagai ketidakselesaan.
Selain dari menggunakan produk penjagaan rambut yang selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya, terdapat juga cara lebih mudah untuk diamalkan untuk menjaga kesihatan rambut. Di sini, kita kongsikan cara rawat masalah rambut oleh Suhaila Ella. Jom baca untuk perkongsian penuh olehnya.
Masalah kelemumur merupakan masalah yang sering terjadi pada setiap orang. Kelemumur sangat memberi kesan pada kesihatan kulit kepala anda yang boleh menyebabkan rambut anda menjadi rapuh. Untuk atasi masalah kelemumur, anda boleh gunakan satu sudu teh perasan air jeruk limau segar ke dalam air bilasan terakhir ketika mencuci rambut anda.
(Air jeruk limau)
Punca rambut gugur itu sangat berbeza-beza. Keguguran rambut boleh disebabkan oleh gejala hormon atau masalah nutrisi makanan anda. Tips terbaik untuk mencegah rambut gugur adalah makanan berkhasiat dan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin A, B, C dan E seperti minyak ikan kod, bayam, buah oren, dan almond.
Uban biasanya muncul kerana faktor usia, tetapi juga boleh dipengaruhi oleh faktor luaran seperti pencemaran alam sekitar dan penggunaan produk kimia yang keras. Untuk atasi masalah ini, urut rambut anda dengan minyak kelapa dan perasan lemon setiap hari, selama sekurang-kurangnya 15 minit.
Rambut kusam merupakan salah satu tanda rambut anda tidak sihat. Ambil putih telur dan sapukan pada rambut pada rambut anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan syampu. Telur boleh membuatkan rambut anda kelihatan bersinar dan mengurangkan minyak pada kulit kepala. Selain itu, ia turut menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Rambut rapuh disebabkan oleh kekurangan vitamin. Jadi, pastikan anda makan dengan seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan susu. Minum lapan gelas air setiap hari akan membantu rambut anda tetap lembap dari dalam dan luar. Rambut anda juga akan kelihatan lebih sihat dan kuat kerana pengambilan air yang mencukupi dapat membekalkan hidrasi pada rambut anda.
Seperti kulit wajah, rambut pun memerlukan penjagaan yang teliti dan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jadi untuk menjaga kesihatan rambut, anda boleh amalkan cara-cara mudah ini.
Semoga membantu.
Kredit: Suhaila Ella
Baca Juga: Stress Rambut Gugur? Letak Bahan Dapur Ini Dalam Syampu, Baru Pakai Pun Dah Nampak Kesannya!