Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Apa Perasaan Anda Kalau Customer Buat Macam Ni?” Punya Adab Selepas Makan, Sikap Pelanggan Ini Boleh Dicontohi

“Apa Perasaan Anda Kalau Customer Buat Macam Ni?” Punya Adab Selepas Makan, Sikap Pelanggan Ini Boleh Dicontohi

Kategori:
ADAB SELEPAS MAKAN 1

Sebagai seorang manusia, kita seharusnya mempunyai sikap yang elok dan keperibadiaan yang mulia. Meskipun tak lari dari kesilapan, kita perlu cuba sebaik mungkin untuk menjaga adab, terutamanya ketika berada di luar. Perkara itu akan membuatkan sesiapa sahaja berasa senang bila berurusan dengan kita.

Antara cara mudah untuk menjaga sikap adalah dengan memelihara adab selepas makan. Meskipun berstatus sebagai pelanggan, tak salah pun jika kita memudahkan urusan orang lain dan menjadi seorang pelanggan yang beradab.

Adab Selepas Makan

Di laman TikTok, seorang pengguna, yeopsenyom_, memuat naik sebuah video dan berkongsi keadaan sebuah meja di kedai makan. Setelah siap menjamu makanan yang telah dipesan, semua pinggan tersusun elok dan cantik bagi memudahkan pelayan untuk mengemas meja tersebut.

Berbeza dengan sikap kebanyakkan pelanggan zaman sekarang, tindakan itu perlu dicontohi kerana ia akan memudahkan kerja pelayan, terutamanya pada hari yang sibuk. Tak salah pun jika kita membantu memudahkan beban mereka.

@yeopsenyom_Common sense selepas makan 🤝 ##makanmakan ##nyiruikanbakar ##kualaperlis ##yeopsenyom ##fyp♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Selalu Buat

Menjengah di ruangan komen, rata-rata para warganet bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pelanggan tersebut. Malah, mereka turut melakukannya bagi memudahkan pekerja. ADAB SELEPAS MAKAN 1

Perasaan Pelayan Melihat..

Malah, ada beberapa individu yang bekerja sebagai seorang pelayan turut meluahkan rasa bersyukur bila dapat berurusan dengan pelanggan yang suka mengemas meja setelah makan. Penat bekerja boleh hilang jadinya. ADAB SELEPAS MAKAN 1

Tak salah pun jika kita mengambil masa untuk menyusun pinggan dan mangkuk yang digunakan selepas makan. Jika kita bantu memudahkan urusan orang lain, maka Tuhan juga akan bantu permudahkan urusan harian kita. Semoga kita semua mempunyai sikap rajin ini dan mencontohinya.

Kredit: TikTok yeopsenyom_

Baca Juga: Tak Sangka Masih Ada Pelanggan Yang Pemurah, Peniaga Ini Berasa Terharu Dapat Bertemu Dengannya

tags: