Nasi putih dan telur mata kicap bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik bagi kita semua kan? Pastinya memang ramai penggemar makanan ini. Ianya bukan sahaja mudah disediakan tetapi ia juga sangat sedap serta menyelerakan.
Mungkin ada dalam kalangan kita yang menganggap lauk ini hanyalah menu biasa-biasa sahaa, jauh sekali bukan menu kayangan. Namun siapa sangka menu yang tampak simple ini nampaknya sangat special dan menjadi kegemaran bagi penduduk di sekitar Pontianak, Indonesia.
Bermula daripada satu video review makanan yang dimuat naik oleh YouTuber Indonesia, Nex Carlos, Restoran Ayong 999 ini pernah tular dan telah diserang oleh pelanggan gara-gara kesedapan nasi telur goreng kicap di sini. Ianya juga dianggap menu special di restoran tersebut.
Restoran yang terletak di Pontianak, Indonesia ini sudah lama bertapak. Kira-kira hampir 25 tahun dia dibuka pada tahun 1996. Namun, baru 2 tahun kebelakangan ini restoran ini popular setelah menyedari akan kesedapan menu nasi telur goreng kicap yang mana hanya berharga 6000 rupiah ( RM1.70).
“Apa yang istimewa sangat yang ada pada menu ini?” itu adalah antara soalan yang sering ditanya oleh rata-rata pelanggan yang datang ke restoran ini untuk mencuba Nasi Telur Pontianak. Rupa-rupanya keistimewaannya adalah ada pada kicap yang diubah suai oleh pemilik restoran ini.
Baca juga : Tips Pecahkan Telur Dalam Masakan Supaya ‘Terletak’ Elok, Buih-Buih Putih Pun Tiada!