Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Baru Tahu Ada Sotong Tak Boleh Makan”, Lelaki Ini Terselamat Dari Maut Bila Muat Naik Gambar Hidangan, Dapat Nasihat Dari Warganet Sebelum Makan

“Baru Tahu Ada Sotong Tak Boleh Makan”, Lelaki Ini Terselamat Dari Maut Bila Muat Naik Gambar Hidangan, Dapat Nasihat Dari Warganet Sebelum Makan

Kategori:
blue-ringed octopus

Dalam dunia ciptaan Tuhan ini, ada pelbagai kejadian yang begitu banyak dengan rahsia. Misalnya, hidupan laut yang berjuta-juta jumlahnya memang penuh dengan pantang larang yang perlu diketahui umum untuk keselamatan yang terjamin.

Mengambil laporan yang diterbitkan Astro Awani, sejenis sotong berbahaya ditemui dalam hidangan yang dinikmati seorang lelaki di sebuah restoran di China.

“Baru Tahu Ada Sotong Tak Boleh Makan”, Lelaki Ini Terselamat Dari Maut Bila Muat Naik Gambar Hidangan, Dapat Nasihat Dari Warganet Sebelum Makan

blue-ringed octopus

Namun, dia terselamat daripada malapetaka lebih besar apabila memilih untuk menyiarkan gambar itu dalam talian sebelum menjamahnya dan bertanyakan maklumat tentang makanan laut berkenaan.

Foto itu menunjukkan beberapa ekor sotong kecil yang dihidangkan dalam bakul dipenuhi ais.

“Bolehkah saya memakannya? Saya menunggu jawapan anda. Agak cemas,” itu kapsyen lelaki tersebut pada gambar di akaun Weibonya.

Gambar itu mendapat perhatian blogger sains, Bo Wu Za Zhi.

“Ia adalah sotong leopard-striped atau  blue-ringed octopus. Kadar toksiknya sangat tinggi dan tidak akan dineutralkan apabila dipanaskan.

“Bukan perkara pelik, malah pernah berlaku, sotong jenis ini secara tidak sengaja bercampur dengan sotong biasa yang dijual di pasaran, walaupun kemungkinan ia berlaku sangat rendah,” katanya.

Blue-Ringed Octopus Sotong Bertoksik, Boleh Lumpuhkan Sistem Saraf & Akibatkan Maut

blue-ringed octopus

Selepas melihat jawapan penulis blog itu, beberapa pengguna Weibo menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan lelaki tersebut.

Nasib lelaki itu baik kerana sempat membaca penerangan tersebut dan sotong itu dipulangkan ke dapur restoran.

Untuk makluman, bagi spesies sotong, ia mempunyai bisa yang berbeza-beza mengikut spesies, tetapi seperti yang diketahui spesies blue-ringed octopus adalah amat berbisa dan boleh mengakibatkan maut.

Bisa daripada sotong ini boleh melumpuhkan sistem saraf dan mengakibatkan maut. Spesies sotong mempunyai pelbagai kaedah samada untuk memburu dan mengelakkan ia daripada dikesan musuh. Ia mampu bertukar warna, bertukar bentuk dan mengeluarkan dakwat hitam bagi menjauhkan diri daripada pemangsanya.

Meninjau ruangan komen netizen, ramai sebenarnya yang masih tidak tahu dan mendapat ilmu baharu secara tidak langsung. Ada yang berkongsi pendapat masing-masing dan memberi komen untuk mengingati orang ramai agar sentiasa menyiapkan ilmu yang penuh di dada untuk keselamatan yang terjamin.

“Ada juga rupanya jenis sotong yang tak boleh makan. Baru tahu,” komen Asnah Salim tentang kisah lelaki dan blue-ringed octopus.

“Baru harini aku tahu ada jenis sotong yang bahaya rupanya ya. Terima kasih gais. Komen-komen yang sangat membantu,” jelas Ruhaimi.

“Sotong tompok biru bertoksik dan sangat beracaun. Itu yang saya pernah tengok dekat channel Animal Planet,” jelas Arzuna Wolf di ruangan komen yang membincangkan tentang blue-ringed octopus.

Baru Tahu Ilmu Baru, Akan Berhati-Hati Dalam Memilih Makanan – Netizen

blue-ringed octopus

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baharu kepada pembaca untuk lebih berhati-hati dalam memilih apa jenis makanan untuk dimakan. Tambahkan ilmu, tambahkan pengetahuan.

Sumber: Astro Awani

Baca juga: “Agaknya Customer Happy Tak?”, Peniaga Dapat Pesanan Foodpanda Nasi Goreng Pattaya ‘Pedas’, Ini Tindakannya..

tags: | |