Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Adib Jumpa Tengku Permaisuri Selangor Untuk Beri Banana Dibs, Netizen Cakap Ini Bukan Biasa, Ini Dah Luar Biasa..

Adib Jumpa Tengku Permaisuri Selangor Untuk Beri Banana Dibs, Netizen Cakap Ini Bukan Biasa, Ini Dah Luar Biasa..

Kategori:
Banana Dibs

Seperti yang tular di laman media sosial berkenaan video pendek yang “biasa, biasa maksudnya?”, ia memberi langkah kanan kepada peniaga goreng pisang keju, Abdul Adib Aidil yang baru berumur 24 tahun untuk mengembangkan lagi perniagaan Banana Dibs.

Ramai mata yang sedang memandangnya kini, sehinggakan mendapat tawaran menjadi model dan selalu diberi hadiah daripada pelanggan misteri seperti air, kek dan sebagainya.

Adib Jumpa Tengku Permaisuri Selangor Untuk Beri Banana Dibs, Netizen Cakap Ini Bukan Biasa, Ini Dah Luar Biasa..

Banana Dibs

Terbaharu, perkongsian Adib berjumpa seseorang yang dikenali ramai mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pengikutnya. Rupanya, dia telah berjumpa Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Norashikin untuk memberi pisang goreng jualannya kepada Tengku.

Melalui perkongsian video di TikTok, dapat dilihat Tengku Permaisuri Norashikin berbual dengan Adib sambil memegang bungkusan Banana Dibs yang diserahkan oleh Adib.

Sebelum itu, Adib juga telah berkongsi dengan orang ramai dalam sebuah video berasingan bahawa dia ingin bertemu Tengku Permaisui Selangor sambil mempromosikan kolaborasi bersama Rumah Kopi Purnama di live busker bertempat Rumah Kopi Purnama Kajang.

“Kejap lagi nak pergi KL, nak jumpa Permaisuri…”, katanya dalam video tersebut.

Jumpa Permaisuri Di Kuala Lumpur Untuk Beri Banana Dibs

Banana Dibs

Meninjau ruangan komen, ramai yang bangga dan terharu melihat Adib dan perniagaan Banana Dibs nya yang sudah mencapai ke tahap yang tinggi. Rezeki yang berlipat ganda seperti datang mencurah-curah ke dalam hidupnya sekarang.

Banana Dibs

“No more Adib biasa. Ini Adib luar biasa. Nampak macam adik beradik ya..”, komen seorang netizen bernama Iman Rashid.

“Awak bukan biasa-biasa dan sekarang, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu,” tulis Hayati Haron.

“Luar biasa dapat bagi Permaisuri Selangor makan Banana Dibs,” ujar netizen lain.

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu

Banana Dibs

Semoga segala usaha gigih Adib membuahkan hasil. Jangan berhenti meraih rezeki, kerana Tuhan akan memberi sesuatu dalam masa dan waktu yang tepat.

Sumber: Banana Dibs 

Baca juga: Barista Kongsi Kisah Makan Baki Makanan Pelanggan Tak Habis, Ramai Kongsi Hadapi Pengalaman Sama

tags: | |