Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Pernah Berkira Kos Makanan & Perbelanjaan Kucing, Ramai Terkedu Dengan Kebaikan Adibah Noor

Tak Pernah Berkira Kos Makanan & Perbelanjaan Kucing, Ramai Terkedu Dengan Kebaikan Adibah Noor

Kategori:
kebaikan adibah noor terhadap kucing

Sejak malam tadi, khabar kematian Adibah Noor cukup menggemparkan tanah air. Kematian yang mengejut dan membuatkan ramai para peminat mengalirkan air mata. Adibah Noor atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, jam 7.45 malam tadi.

Arwah yang dilahirkan pada tahun 1976 mula menyertai dunia hiburan pada tahun 1995. Arwah bukan sahaja seorang penyanyi yang memiliki suara yang lunak malah arwah juga seorang pelakon yang sangat berbakat.

Ramai yang terkejut dengan kematian arwah di mana minggu lepas baru sahaja viral berkenaan dengan susuk tubuhnya yang semakin kurus. Namun apabila ditanya, ianya adalah hasil diet. Langsung tidak menyentuh atau menyebut soal penyakit Kanser Ovari yang dihidapinya.

Hanya segelintir rakan artis dimaklumkan mengenai penyakit yang dihidapinya

Malah bukan sahaja orang luar, orang terdekatnya juga sangat terkejut kerana tidak pernah dimaklumkan bahawa arwah menghidap penyakit tersebut. Difahamkan arwah hanya memaklumkan tentang penyakit itu kepada segelintir rakan artis.

Ramai dalam kalangan peminat menyangka bahawa badannya yang kelihatan kurus sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan amalan diet yang diamalkan. Sebelum ini, arwah sempat memberitahu bahawa dia hanya makan nasi sebanyak 6 suap sahaja.

Disebalik kematian arwah, satu persatu cerita baik yang keluar. Malah pagi tadi ada seorang wanita di laman Facebook sempat memuat naik kisah pendek namun cukup membuatkan orang ramai sebak. Cerita berkenaan dengan kucing yang dipelihara oleh arwah itu dikongsikan oleh Nur Hartini Hamzah menerusi group Kucing Sepahkan Apa Hari NI?

Saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan

Menerusi perkongsian tersebut, Nur Hartini menulis Allahyarhamah Adibah Noor merupakan salah seorang artis yang sangat aktif membantu serta menyelematkan kucing jalanan. Malah arwah juga pernah berkata, sejujurnya dia tidak pasti berapa banyak dia menghabiskan wang untuk membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing yang dipeliharanya.

Namun apa yang arwah pasti adalah dia tidak pernah berkira berapa jumlah wang yang digunakan untuk kucing-kucing tersebut. Nur Hartini juga sempat meminta orang ramai untuk mendoakan arwah supaya diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

Allahyarhamah Adibah Nor merupakan salah seorang artis yang sangat aktif membantu dan menyelamatkan kucing jalanan.

“Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.” – Adibah Nor

Mari kita doakan semoga segala kebaikannya pada kucing2 tu diberi ganjaran pahala yg berlipat ganda dari Allah..Aamin

Didoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan tenang di sana. Semoga berkat arwah memberi makan kucing, membantu mereka yang memerlukan dan setiap kebaikan yang pernah dilakukan mendapat ganjaran pahala yang berganda.

Kematian adalah satu kepastian. Mungkin hari ini hari arwah, hari kita pula bila? Dan bagaimana pula pengakhiran kita, baik atau sebaliknya. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaanNya sentiasa.

Kredit: Nur Hartini Hamzah

Baca juga: “Tak pernah Sekali Pun Kita Keluar Makan, Dia Tak Bayar..”, Linda Onn Cerita Sifat Pemurah Adibah Noor

tags: |