Keadaan ekonomi terkini dan kos sara hidup yang semakin meningkat merisaukan orang ramai. Demi meneruskan kelangsungan hidup, ada yang memilih untuk meniaga secara kecil-kecilan.
Perkara itu bukannya satu kesalahan tapi jika sehingga mengajak anak atau adik kecil dan mempergunakan mereka, ia merupakan tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dari pihak penjaga.
Terbaharu, seorang wanita (identiti dirahsiakan) telah memuat naik sebuah video dan berkongsi pertemuan dengan seorang adik kecil di sebuah pasar raya.
Menggalas satu plastik besar yang diisi dengan aneka biskut dan kuih untuk dijual, wanita tersebut berasa berminat untuk menghampiri adik itu yang sedang merayau untuk mencari pelanggan.
Menyapa adik kecil itu, wanita itu berminat untuk membeli kuih yang dijual lalu bertanya mengenai harga kuih tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila adik itu dengan selambanya membalas “Satu RM40!” katanya.
Wanita itu yang terkilan dengan harga kuih itu cuba meminta untuk dikurangkan harga tapi adik itu menolak perbidaannya.
Mungkin boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah, dia cuba menanyakan harga satu plastik kuih tersebut tapi adik itu mengatakan bahawa harga kesemua jualannya bernilai RM400 pula!
Ingin tahu ke mana mak adik itu yang membenarkannya anak sendiri menjual dengan harga yang sebegitu, adik itu terus menunjukkan ke arah wanita yang merekodkan pertemuan ini. Oh! rupanya mak yang suruh.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut dengan harga kuih yang dijual dengan begitu mahal oleh adik itu. Bernilai RM40 satu bungkus, rasa seperti tidak logik, kan?
Meskipun video yang dikongsikan itu jelas guraun semata-mata, namun tindakan ibu itu yang menyuruh anak sendiri menjual kuih muih di pasar raya merupakan satu kesalahan.
Pada usia yang kecil, seharusnya anak-anak bermain dan belajar, bukannya diminta untuk berkeliaran membantu penjaga menjual sehingga lewat malam.
Baca Juga: “Awak Salah Order Ni..” – Pelanggan Komplen Boat Noodle Tak Sedap, Rupanya Silap Diri Sendiri