Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Jadikan Anak Mangsa Keadaan..”, Adik Ini Melarikan Diri Ke Kedai Makan Gara-Gara Takut Lepas Diugut Ibu

“Jangan Jadikan Anak Mangsa Keadaan..”, Adik Ini Melarikan Diri Ke Kedai Makan Gara-Gara Takut Lepas Diugut Ibu

Kategori:
diugut ibu

Setiap keluarga mempunyai masalah mereka masing-masing. Namun ada segelintir ibu bapa yang tidak tahu menguruskan masalah tersebut dan akhirnya menjadikan anak-anak tempat untuk melepaskan perasaan mereka.

Hal tersebut akan memberi kesan yang besar pada mentaliti dan emosi anak-anak. Akibatnya, mereka akan sentiasa berada dalam ketakutan kerana teruk didera ibu-bapa. Selain sering ditengking dan dimarahi jika melakukan kesalahan kecil, ada juga mereka yang akan mengugut anak-anak dengan penderaan fizikal atau lebih teruk; pembunuhan.

Mak Ugut Untuk Membunuhnya, Adik Ini Melarikan Diri Ke Kedai Makan

Sepertimana yang terjadi baru-baru ini, seorang lelaki, lenggangbistro, memuat naik sebuah video dan berkongsi peristiwa cemas yang terjadi di sebuah kedai makan apabila seorang adik kecil datang ke sana kerana dipercayai telah melarikan diri dari ibunya yang telah mengugut untuk membunuhnya.

Tidak ketahui puncanya, adik itu disoal oleh beberapa orang pihak berkuasa sebelum dibawa mereka, barangkali untuk menyelesaikan hal tersebut. Mereka yang ada di sana turut menggiringi adik tersebut pergi ketika dibawa pergi. diugut ibu

Individu itu turut berasa bersimpati dengan nasib adik tersebut. Tambahnya, adik itu juga datang ke kedai tersebut dalam keadaan tercedera di mana tangan dan kakinya sedang berdarah. Dia juga turut mendoakan agar perkara tersebut diselesaikan dan adik itu berada dalam keadaan yang selamat.

@lenggangbistro

Allah huakhbar, adik ni sempat melarikan diri di kedai mkn berdekatan dgn keadaan kaki tangan berdarah, semoga dipermudahkan segala urusan adik ni.

♬ Ya Allah – Wali

@lenggangbistroAllah huakhbar, adik ni sempat melarikan diri di kedai mkn berdekatan dgn keadaan kaki tangan berdarah, semoga dipermudahkan segala urusan adik ni.

♬ Ya Allah – Wali

Menjengah di ruangan komen, warganet turut bersimpati dengan apa yang terjadi pada adik itu. Selain mendoakan agar adik itu selamat, mereka juga ingin tahu keadaan adik itu dan ada juga menggesa orang lain untuk tidak cepat menghukum ibunya.

Jangan Cepat Menghukum diugut ibu

Risau Dengan Keadaan Adik Itu diugut ibu

Semoga adik itu berada dalam keadaan yang selamat dan hal tersebut dapat disediakan. Sebagai ibu bapa, kita perlu bertanggungjawab dan tidak mendera anak-anak sedemikian rupa. Walau apapun masalah yang dihadapi, ia tidak perlu menjadikan alasan untuk bertindak sedemikian kerana

Kredit: TikTok lenggangbistro

Baca Juga: “Tugas Mereka Bukan Untuk Menghukum..”, Tangan Banduan Digari Tapi Diajak Makan Bersama, Netizen Puji Sikap Anggota Polis

tags: