Ekonomi sekarang sangat mencabar. Walaupun Malaysia berada di fasa pemulihan, masih ramai yang menghadapi kesukaran hidup dan terpaksa berjimat-cermat dan mengawal perbelanjaan keluarga.
Sedar akan kesusahan yang perlu dihadapi ibu-bapa, anak-anak juga mencuba sedaya mungkin untuk tidak menyusahkan mereka. Walaupun mempunyai keinginan untuk membeli sesuatu, mereka tidak mahu menyatakan hasrat tersebut. Malah ada yang berusaha sendiri untuk mendapatkannya seperti adik ini.
Menurut wanita yang berkongsi hal tersebut di laman TikTok menerusi akaunnya, gengjunior, adik itu merupakan anak jirannya yang mengambil upah dan melakukan kerja mengupas jagung seharian.
Walaupun masih lagi kecil dan bersekolah, adik itu berbuat begitu semata-mata untuk membeli sepasang kasut. Dengan upah RM20 sahaja, dia tidak mengadu dengan hal tersebut dan melakukan kerja sebaik mungkin dan menyimpan wang untuk membeli kasut idamannya.
Mungkin tak mahu menyusahkan ibu bapanya dan ingin berdikari, akhirnya adik itu sendiri memilih untuk bekerja walaupun masih lagi kecil.
@gengjunior♬ Top Topan Suliyana – Suliyana
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa kagum dengan kerajinan dan kegigihan adik itu dalam berusaha untuk mencari rezeki semata-mata untuk membeli kasut idamannya. Tak meminta, adik itu sudah mengenal erti berdikari dan berusaha dengan sendiri.
Walaupun kerja mengupas jagung sahaja dengan upah RM20, adik itu tetap bekerja dan melakukannya sebaik mungkin. Tak mahu menyusahkan kedua-dua ibu bapanya, dia sendiri mencari jalan untuk membeli kasut idamannya. Bagus sangat adik itu. Semoga dia dapat mengumpul wang secepat mungkin untuk membelinya.
Kredit: TikTok gengjunior
Baca Juga: “Dari Kecil Dah Nampak Kesusahan..”, Lelaki Sebak Nampak Adik Kecil Teman Ayahnya Buat GrabFood