Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Makan Tetap Makan..”, Diusik Oleh Pak Saudara, Adik Ini Tetap Makan Sambil Menangis Buat Ramai Terhibur

“Makan Tetap Makan..”, Diusik Oleh Pak Saudara, Adik Ini Tetap Makan Sambil Menangis Buat Ramai Terhibur

Kategori:
adik ini tetap makan

Bagi yang mempunyai anak saudara atau adik-adik yang masih kecil pasti suka mengusik mereka bukan? Pelbagai cara yang digunakan untuk membuatkan mereka menangis atau pun ketawa. Lebih-lebih lagi bagi pak saudara yang belum berkahwin atau mempunyai anak. Memandangkan tiada kanak-kanak lain yang mereka ini boleh usik, jadi mereka sering mengusik anak saudara atau pun adik-adik.

Kadangkala usikan mereka ini membuatkan kanak-kanak sering menangis. Walaupun sering membuatkan mereka menangis, kanak-kanak ini tetap rapat dengan pak saudara atau mak saudara yang berperangai begini.

Berkenaan dengan usikan ini, ada seorang wanita, Aisyah Ariffin, ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berkongsi kisah mengenai adik dan anaknya menerusi aplikasi TikTok. Perkongsian tersebut adalah mengenai anaknya yang diusik oleh adik lelakinya sehingga menangis. Di dalam video berkenaan jelas kedengaran suara adik lelaki Aisyah yang menyanyi lagu berkisarkan tentang budak lelaki ini ditinggal oleh ayahnya.

Walau diusik, adik ini tetap makan walau sedang menangis

Diusik dengan lagu yang boleh dikatakan cukup menyedihkan, anak kepada Aisyah ini sebak dan menangis. Walaupun sedang menangis, anaknya itu kelihatan tidak berhenti makan. Walaupun mata sudah berair dan air mata menitis ke pipi, dia tetap membuka mulutnya saat ibunya menyuap mihun goreng. Tidak menyahut pertanyaan sang ibu, namun dia tetap makan sambil menahan tangis.

@aisyah_ariffin

tunggu la dia ada anak nanti. aku buli cukup-cukup 😏😒

♬ My Heart (Guitar Version) – Irwansyah & Acha Septriasa

@aisyah_ariffintunggu la dia ada anak nanti. aku buli cukup-cukup 😏😒♬ My Heart (Guitar Version) – Irwansyah & Acha Septriasa

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton. Namun rata-ratanya terhibur melihat gelagat pak saudara yang mengusik anak saudaranya ini sehingga menangis.

Dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok yang berasa kasihan melihat adik lelaki ini diusik oleh pak saudaranya. Tidak kurang juga ada yang mengatakan walaupun adik ini menangis, namun dia kelihatan sangat comel. Di samping itu, ada juga pak saudara dan mak saudara yang berkongsi pengalaman mereka yang mana suka mengusik anak buahnya masing-masing.

Memang tidak dapat dinafikan, sifat pak saudara atau mak saudara yang masih bujang ini amat suka mengusik anak-anak menakan mereka. Walaupun begitu, mereka tetap menyayanginya. Bahkan teramat sayang. Namun janganlah terlampau suka mengusik sehingga setiap masa menangis. Kasihan pula dekat ibu bapanya nanti nak memujuk.

Kredit: TikTok Aisyah Ariffin

Baca juga: Teringin Makan Pizza, Kanak-Kanak Ini Nekad Bayar Foodpanda Dengan Duit Syiling. Namun Ini Pula Yang Jadi

tags: