Setiap ibu bapa tak mahu anaknya hidup susah dan nampak keperitan yang terpaksa dilalui. Oleh itu, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk menjaga dan membesarkan anak-anak walaupun perlu mengharungi cabaran yang tinggi.
Namun ada juga situasi yang memaksa anak-anak untuk melihat keperitan yang terpaksa dilalui oleh ibu bapa mereka. Hal tersebut tidak dapat dihalang dan mematangkan anak-anak pada masa akan datang.
Terbaru, seorang lelaki berasa sayu apabila ternampak seorang adik kecil di stesen minyak. Menemani ayahnya yang merupakan seorang rider GrabFood, adik itu juga gigih memikul beg sambil mengendong motor ayahnya.
Hal itu dikongsikan oleh dnishhaizal di laman TikTok yang terserempak pasangan ayah dan anak itu di sebuah stesen minyak Petron. Mereka singgah sebentar untuk mengisi minyak. Walaupun hari sudah malam, namun mereka masih lagi bekerja demi mencari rezeki. Selesai sahaja urusan mereka, mereka terus beredar.
Lelaki itu berasa tersentuh kerana pada usia yang masih kecil lagi adik itu terpaksa melihat ayahnya berkerja dengan keras demi mencari rezeki.
https://www.tiktok.com/@dnishhaizal/video/7066071187637456155?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@dnishhaizal Semoga awak dilimpahkan rezeki dik🥲🥲🥺 #adikgrab💚 ♬ Talking to the Moon – Bruno Mars
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa sebak melihat perkara itu. Sejak kecil lagi adik itu sudah perlu membantu ayahnya dan terpaksa melihat keperitan hidup.
Kesian adik tu, malam-malam seperti itu pun perlu bantu lagi ayahnya bekerja. Kecil-kecil lagi pun perlu bantu keluarga tapi tak mengapa, semua itu mengajar adik itu untuk lebih menghargai usaha si ayah dalam membesarkannya dan adik-adik yang lain. Semoga adik itu dan ayahnya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.
Kredit: TikTok dnishhaizal
Baca Juga: “Malam Mimpi Macam-Macam..”, Peniaga Temui Syiling Misteri Di Keliling Kedai, Risau Disihir Orang