Agar-agar adalah satu hidangan makanan yang merupakan bahan pemekat seperti gelatin yang dihasilkan dari beberapa jenis alga.
Ia digunakan sebagai pelawas, pengganti gelatin vegetarian, pemekat sup, pengawet buah, aiskrim dan pencuci mulut yang lain sebagai bahan pencerah dalam penapaian dan pelicin kertas serta kain.
Bercakap mengenai agar-agar, sebuah video yang memaparkan seorang perempuan memasak dan makan agar-agar kodok tular. Ini kerana ramai yang menganggap ia perbuatan pelik dan janggal.
Menerusi video yang mendapat hingga 300 ribu lebih tanda suka itu, wanita yang dikenali sebagai Dindon membeli kodok frozen di sebuah pasar raya. Lalu, dia memasak agar-agar kodok itu atas permintaan pengikutnya di laman TikTok berkenaan.
“Sesuai permintaan kalian, aku buat agar-agar kodok..”, tulisnya di dalam video tersebut.
Dia juga memberikan rating yang tinggi sebanyak 8/10 atas kesedapan makanan tersebut.
Terdahulu, Dindon sememangnya terkenal dengan video-video memasak jeli dengan gabungan beberapa lauk pelik seperti ikan keli menjadikan ia sebagai agar-agar ikan keli.
@tersakitiiii10 ide jualan tanpa saingan…
@tersakitiiii10ide jualan tanpa saingan…♬ Radetsky March Classic Classic(829541) – Yuumi Iida
Melihat ruangan komen netizen, ramai yang terkejut dan hairan apabila melihat Dindon memakan agar-agar berkenaan. Ada yang musykil tentang rasa dan kebolehan untuk memakan kodok berkenaan.
“Ingatkan buat agar-agar bentuk kodok, rupa-rupanya memang kodok betul-betul”, kata seorang netizen.
Mungkin atas pilihan masing-masing untuk mencuba sesuatu makanan atas kehendak dan kepercayaan seseorang. Asalkan ia tidak menganggu dan menyusahkan sekeliling.
Sumber: Dindon
Baca juga: “Bertuah Sungguh Anak”, Ibu Terkejut Tengok Anak Dah Mandi Telur, Baru Nak Buat Murtabak Tapi Kena Sabar Je Lah..