Sejak beberapa hari kebelakang ini viral berkenaan dengan resepi Bihun Goreng 12 Sudu Gula. Ramai yang sudah mencuba dan mengatakannya ianya sangat sedap. Namun ada juga yang berasa takut kerana melihat kandungan gula yang dimasukkan. Tetapi ia hanyalah menggunakan 12 sudu kecil gula, memang cukup-cukup untuk 1 peket bihun.
Disebabkan ia merupakan resepi yang viral, maka ramai dari warga Facebook dan juga group masakan seperti Masak Apa Hari Ni memuat naik bihun goreng yang disediakan oleh mereka ini. Walaupun begitu, postingan berkenaan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah ahli group masakan tersebut.
Sehinggakan ahli berkenaan sempat meminta admin untuk mengambil tindakan atau membuat teguran kepada ahli-ahli yang post berkenaan dengan bihun viral tersebut.
“Admin mintak tolong ambik tindakan atau pun buat sikit teguran kepada ahli2 yang post bihun viral tu, dah naik meluat, menyampah, semak, nak termuntah tengok post bihun viral tu 12 sudu gula KFC..”
Berikutan itu, Admin group Masak Apa Hari Ni memaklumkan bahawa tiada masalah untuk para ahli post masakan mereka ke dalam group tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ahli group tidak bersetuju dengan tindakan ahli group berkenaan yang meminta pihak admin mengambil tindakan. Malah ada juga yang menasihatkan sekiranya tidak menyukai postingan berkenaan hiraukan sahaja.
Jadi apa yang boleh diambil sebagai pengajaran di sini adalah kalau tak suka sekalipun jangan sampai bertindak macam tu sekali. Group tersebut hak semua, kalau ahli mereka nak post apa-apa masakan sekalipun tak mengapa selagi tak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak admin. Sebab group tersebut bukan hak kita seorang. Ia merupakan hak orang ramai.
Sumber: Lin Zalika Via MAHN