Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Bihun Goreng 12 Sudu Gula

Resepi Bihun Goreng 12 Sudu Gula

Kategori: ,
resepi bihun goreng 12 sudu gula

Bihun Goreng 12 Sudu Gula yang kian viral. Ianya memang berbeza dengan resepi bihun goreng yang sedia ada kerana resepi ini akan dimasukkan 12 sudu teh gula. Eh sedap ke? Ya, sedap! Ramai dah cuba dan rata-rata dari mereka mengatakan sangat sedap!

Daripada tak pandai buat bihun goreng yang sedap tetapi apabila ikut sebiji-sebiji resepi ini confirm menjadi dan sedap. Yang penting jangan sesekali derhaka resepi ya. Nak cuba? Jom ikuti resepi di bawah ini.

Cara Buat Bihun Goreng 12 Sudu Teh Gula

Bahan-bahan:

  • 1 peket bihun (rendam air biasa)
  • Udang kering sepeket kecil
  • Bawang rose 3 biji*
  • Cili kering 4 biji*
  • Belacan bakar (sikit sahaja)*
  • Asam jawa (agak besar duit 20 sen)*
  • Gula 12 sudu teh
  • MSG 2 sudu teh
  • Garam 1/2 sudu teh x 7
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu teh

Cara Penyediaan:

  1. Bakar belacan dan kisar bahan yang bertanda * sampai hancur. Air jangan banyak.
  2. Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
  3. Kemudian masukkan perasa. Tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
  4. Kacau sebati bihun. Buka api perlahan untuk dapatkan hasil bihun yang tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.
  5. Nak tahu bihun dan masak elok. Kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.
  6. Apabila dah masak, angkat dan siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Bihun Goreng 12 Sudu Gula ni. Yang penting jangan sesekali ubah resepi. Nanti tak pasal-pasal tak sedap kan. Nanti kalau dah cuba, jangan lupa kongsikan masakan anda kepada kami ya!

Selamat mencuba!

Kredit: Owner resepi

Baca juga: Resepi Bihun Goreng Mudah, ‘Dijamin’ Paling Sedap Yang Pernah Anda Rasa!

tags: | |