Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Penyegar Tekak Ketika Berpuasa, Ini Antara Resepi Aneka Perisa Air Balang Kegilaan Ramai!

Penyegar Tekak Ketika Berpuasa, Ini Antara Resepi Aneka Perisa Air Balang Kegilaan Ramai!

Kategori: ,
air balang jadi pilihan

Air balang memang antara hidangan terkenal yang disediakan dan menjadi piilihan semasa kenduri. Disusun satu per satu di atas meja dengan pilihan perisa yang berbeza memang nampak menyelerakan. Biasanya, ada tuan rumah yang mengupah peniaga air balang untuk sesebuah majlis dan kenduri tertentu.

Tapi, anda juga boleh berjimat dengan membancuhnya sendiri tau! Jadi, kami kongsikan resepi aneka air balang yang selalunya menjadi piliihan dan kegemaran orang ramai.

Penyegar Tekak Ketika Berpuasa, Ini Antara Resepi Aneka Perisa Air Balang Kegilaan Ramai!

Resepi Jus Mata Kucing Sedap

air balang jadi pilihan

Bahan-Bahan:

  • 1 paket Buah mata kucing
  • 1/2 paket gula melaka
  • Gula pasir (optional)
  • Daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Basuh buah mata kucing tersebut dan rebus didalam periuk bersama daun pandan.
  2. Setelah buah tersebut kembang, masukkan gula melaka.
  3. Rasa sedikit, jika kurang manis, tambah dengan gula pasir.
  4. Siap untuk dihidang.

Nota tambahan: Buah mata kucing dikenali sebagai ‘dragon eyes’ jadi jika berkunjung ke kedai herba cina, anda boleh membeli bahan yang dikongsikan.

Resepi Jus Apple Asam Boi

air balang jadi pilihan

Bahan-Bahan

  • 3 biji epal hijau
  • 1 sudu kecil serbuk asam boi
  • 2 biji asam boi
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1.  Kisar epal hijau sehingga hancur.
  2. Masukkan air gula bersama dengan jus epal yang dikisar tadi.
  3.  Campurkan dengan serbuk asam boi.
  4. Sedia untuk dihidang bersama ais.

Resepi Air Soya Sedap

air balang jadi pilihan

Bahan-Bahan

  • 1 kg kacang soya
  • 3 helai daun pandan
  • 1 sudu teh garam
  • 9 liter air

Bahan Untuk Buat Air Gula

  • 1 kg gula
  • 1 liter air

Peralatan Penyediaan:

  • Mesin soya/ blender
  • Tapis teh tarik mamak/kain net putih
  • Bekas tapis plastik
  • 1 periuk sederhana
  • 1 bekas tong panas/hot container

Cara Penyediaan:

  1. Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
  2. Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.
  3. Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
  4. Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.
  5. Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
  6. Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini
  7. Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini  dengan sukatan 3 liter air sahaja.
  8. Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).
  9. Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
  10. Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.
  11. Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
  12. Tutup periuk. Kacau air soya  selang  10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
  13. Masak  dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.
  14. Dah masak sedia untuk diminum. Pati Soya ini sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih sedap. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

Resepi Jus Mangga Susu

air balang jadi pilihan

Bahan-Bahan

  • 1 biji Mangga
  • 1 cawan Ais
  • 3 sudu besar susu pekat manis

Cara Penyediaan:

  1.  Blend mangga, ais dan susu pekat sehingga sebati.
  2. Tuang ke dalam gelas dan letak kiub mangga.

Resepi Air Bandung Cincau

air balang jadi pilihan

Bahan-Bahan

  • Air sirap (boleh beli siap atau dimasak sendiri)
  • Ais krim soda
  • Susu cair
  • Cincau secukupnya (diparut)
  • Ais kiub secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan sirap, air masak, susu sejat. Kacau dan rasakan manis dan lemak yang dikehendaki.
  2. Masukkan ais krim soda sambil dikacau tanpa henti. Masukkan ais kiub dan juga cincau.
  3. Siap untuk dihidangkan.

Ini adalah perisa air balang jadi pilihan yang biasanya mendapat permintaan tinggi dan senang untuk dibancuh tau! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!

Baca juga: Resepi Pai Ayam Masak Merah Guna Balducci Angel Hair, Gabungan Citarasa Lokal & Barat

tags: | |