Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Berniaga Sambil Sedekah” – Penjual Ini Dipuji Ramai Kerana Masih Jual Air Balang Murah, RM2 Untuk Satu Plastik Air Soya Gula Merah

“Berniaga Sambil Sedekah” – Penjual Ini Dipuji Ramai Kerana Masih Jual Air Balang Murah, RM2 Untuk Satu Plastik Air Soya Gula Merah

Kategori: ,
air soya gula merah

Pada zaman di mana ekonomi terumbang-ambing ini, kenaikan harga jualan makanan oleh peniaga-peniaga sememangnya diperlukan mengikut kesesuaian harga barang.

Air Soya Gula Merah Campur Tau Fu Fah Hanya Berharga RM3

air soya gula merah

Namun berbeza dengan seorang peniaga ini yang dilihat masih mengekalkan harga rendah namun kuantiti pula tidak setanding dengan harga!

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @md_baser, lelaki berkenaan telah berkunjung ke sebuah gerai air balang yang terletak di tapak pasar malam Nanding, Hulu Langat, Selangor.

Apa yang menjadi perhatian adalah saiz bungkusan air soya yang dibeli olehnya dari gerai tersebut agak besar dan harga pula amat murah.

Difahamkan, air soya gula merah yang dibeli itu pada asalnya hanya berharga RM2 namun menjadi RM3 apabila ditambah dengan tau fu fah.

“RM2 tak termasuk tau fu fah. Sekali tau fu fah total RM3. Still murah gila saiz besar peti,” tulisnya di video tersebut.

Jual Air Bermula RM1 Hingga RM5

air soya gula merah

 

Kongsi pengguna itu lagi, peniaga berkenaan mempunyai pelbagai pilihan saiz yang boleh dipilih oleh pelanggan.

Lebih menarik, harga jualannya amat murah yang hanya bermula sekitar RM1 hingga RM5 bergantung kepada saiz dan jenis minuman.

“Soya dia (peniaga) memang sedap, lambat selalu habis. Dia ada plastik RM1, sedang RM2, besar RM3, bayangkan yang ini RM2.

“Dia ni memang meniaga bersedekah la, semoga abang murah rezeki,” kata pengguna berkenaan.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat senarai harga jualan minuman peniaga berkenaan.

air soya gula merah

Bagi air sejuk yang dibungkus, harga jualan bermula sekitar RM1 hingga RM3 manakala bagi air panas pula, harganya sekitar RM3 hingga RM5.

Buat mereka yang mahu menggunakan cawan, peniaga tersebut mengenakan caj RM1 bagi cawan kecil manakala RM3 bagi cawan besar. Namun, tidak dapat dipastikan saiz sebenar cawan tersebut.

Selain itu, peniaga berkenaan turut menjual tau fu fah yang bermula dengan harga RM2 bagi satu mangkuk dan RM5 bagi tiga mangkuk.

Sumber: md_baser & Buzzkini

Baca juga: Selepas Kerjaya Bola Sepak, Trio Bekas Pemain Bola Sepak Perak Ini Ceburi Bidang Perniagaan Makanan Hingga Tarik Perhatian Ramai

tags: |