Langkawi menjadi destinasi perlancongan yang terkenal. Kaya dengan budaya dan tempat yang menarik, tak heran mengapa orang ramai berebut-rebut untuk mengunjunginya. Langkawi juga mempunyai pelbagai makanan menarik yang boleh dicuba.
Ketika bercuti di sana, anda perlu sentiasa berwaspada dan membeli dengan bijak. Di pulau, harga makanan yang dijual adalah sedikit tinggi dari biasa. Namun hal itu juga membuka ruang untuk segelintir peniaga untuk meletakkan harga yang melampau dan cuba untuk menipu pelanggan. Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang wanita ketika dia ke Langkawi baru-baru ini.
Bercuti ke Langkawi sempena cuti Tahun Baru Cina, fathinshahirah telah ke sana untuk meluangkan waktu bersama keluarga. Ketika di sana, wanita itu telah tergerak untuk membeli beberapa cawan air buah untuk dinikmati dalam suasana dan cuaca yang nyaman.
https://www.tiktok.com/@fathinshahirah/video/7060541866210610459?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@fathinshahirah Sedap takpa la jugak, nak habiskan pun tak boleh telan. ayoo. first n last la beli minuman kat sini. 😅 #fypシ ♬ Scary – Background Sounds
Namun begitu, harga enam cawan air buah yang telah dibeli adalah lebih mahal dan mampu mengalahkan harga sebuah pengisar dari jenama Philips. Dalam video yang lain, wanita itu menjelaskan bahawa dia telah menghabiskan RM140 pada petang itu sahaja. Enam cawan air buah cecah RM90, dua ais krim Magnum Cornetto pula sudah dikenakan RM50.
https://www.tiktok.com/@fathinshahirah/video/7060727352464051483?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@fathinshahirah Reply to @mohdraimy25 Dasyat. 🤣 #langkawiisland #paradise101langkawi ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Hal itu buatnya rasa sangat terperanjat dan wanita itu tidak kisah jika minuman itu sedap dan kena dengan selera. Namun begitu, rasanya kurang dan sangat sukar dihabiskan. Tambahnya, itu kali pertama dan terakhir dia akan membeli minuman dari kedai itu.
Menjengah di ruangan komen, netizen berpendapat bahawa hal itu bukanlah sesuatu yang baharu di Langkawi. Oleh kerana stok yang terhad serta permintaan yang tinggi, segelintir peniaga memang akan mengenakan harga sebegitu.
Ada juga yang mencadangkan wanita itu untuk melaporkan hal tersebut pada pihak berkuasa agar pemeriksaan dijalankan dan tindakan undang-undang dikenakan pada mereka yang mengenakan harga yang melampau sesuka hati.
Harga makanan di Langkawi memang lebih mahal dari biasa, namun agak melampau jika harga air buah boleh mencecah RM90. Bila bercuti, pastikan anda berhati-hati dan jika perlu, laporkan hal tersebut pada pihak berkuasa.
Kredit: TikTok fathinshahirah
Baca Juga: Beria Beli Coklat Di Cameron Highlands, Akhirnya Lelaki Ini Kena Scam Dengan Peniaga!