Dalam berniaga pada zaman teknologi yang semakin membangun, peniaga memerluka daya fikir yang kreatif dan inovatif untuk menarik pelanggan membeli produk agar setia dengan jualan mereka. Ini kerana, semakin hari semakin banyak persaingan yang memerlukan seseorang peniaga mencari kelainan untuk menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggan.
Seperti kisah seorang peniaga kelapa jalanan ini, dia menjual air kelapa dengan bungkusan atau dipanggil packaging yang cukup praktikal dan memudahkan pelanggan. Videonya dikongsikan oleh seorang netizen di Twitter bernama Mehmed Aezhad dan telah tular di laman media sosial dengan banjiran tanda suka dan komen-komen netizen.
Menurutnya, biasanya, peniaga akan memotong dan membelah kelapa untuk mendapatkan air kelapa. Tetapi peniaga ini memudahkan pelanggannya dengan menjual air kelapa yang boleh diminum dengan cara paling senang. Hanya buka safety pins dan minum dengan straw! Amat mudah. Buah kelapa boleh dibawa balik untuk mendapatkan isinya.
“Bagus gila produk peniaga ini. Lokasi di Tesco Ampang. Kalau open sistem ejen confirm winning product. Aku nak tengok produk ini berjaya,” kata pengongsi video tentang air kelapa jalanan yang membuat inovasi terhadap packagingnya.
Selain ciptaan jualan air kelapa yang inovatif, peniaga ini juga menjual air kelapa tersebut dengan harga yang sangat murah. Pelanggann boleh mendapatkan 3 biji kelapa dengan hanya dikenakan harga sebanyak RM10 sahaja. Murah, bukan?
“Hanya buka safety pins dan tekan lalu terus masuk straw dan boleh minum!”, kata peniaga terbabit.
Bagus gila produk peniaga ini.
📍Tesco Ampang. pic.twitter.com/ddB8EvxbDi
— Mehmed Aezhad (@MehmedAezhad) January 15, 2023
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen yang terpukau dan turut kagum dengan cara penyediaan air kelapa jalanan terbabit selain harga yang ditawarkan begitu murah.
“Murah. Normal dekat tepi jalan pun sebiji RM5,” ujar netizen bernama Alifdalmim.
“Produk bagus. Presentation kena improve sikit. Kat mana dia buang ‘safety pin’ tu?”, komen netizen lain bernama Megat Azman.
“Padu orang Malaysia. Produk Malaysia yang berteknologi tinggi,” tulis netizen dengan perasaan bangga.
“Bayangkan, ini produk import dari Thailand dan harga yang dijua sangat murah berbanding kelapa yang dipetik dari negara sendiri. Datang dengan packaging inovasi ‘thumb’ itu lagi. Memang terbaik,” komen netizen bernama Fathi.
Untuk info, produk ini diperkenal di Thailand dan dipasarkan juga di Malaysia dan Indonesia.
Sebenarnya, banyak kebijasanaan peniaga-peniaga kecil yang patut diambil perhatian dengan sewajarnya. Semoga inovasi dalam perniagaan seperti ini dihargai lagi. Mungkin inovasi air kelapa ini sudah banyak di negara jiran seperti Thailand. Tetapi dengan ini, ia boleh membuka mata kita semua untuk lebih berfikir kreatif dan inovatif untuk tarikan yang lebih menarik.
Sumber: Mehmed Aezhed