Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Power Gila..”, Peniaga Jual Air Kelapa Jalanan Dengan Inovasi Packaging Untuk Kemudahan Pelanggan, Ramai Netizen Puji Kreatif & Kagum Dengan Jualannya!

Cik Daun by Cik Daun
Januari 17, 2023
in Berita, Tempat Makan
3 min read
0 0
0
air kelapa jalanan
0
SHARES
4.6k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam berniaga pada zaman teknologi yang semakin membangun, peniaga memerluka daya fikir yang kreatif dan inovatif untuk menarik pelanggan membeli produk agar setia dengan jualan mereka. Ini kerana, semakin hari semakin banyak persaingan yang memerlukan seseorang peniaga mencari kelainan untuk menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggan.

Seperti kisah seorang peniaga kelapa jalanan ini, dia menjual air kelapa dengan bungkusan atau dipanggil packaging yang cukup praktikal dan memudahkan pelanggan. Videonya dikongsikan oleh seorang netizen di Twitter bernama Mehmed Aezhad dan telah tular di laman media sosial dengan banjiran tanda suka dan komen-komen netizen.

“Power Gila..”, Peniaga Jual Air Kelapa Jalanan Dengan Inovasi Packaging Untuk Kemudahan Pelanggan, Ramai Netizen Puji Kreatif & Kagum Dengan Jualannya!

air kelapa jalanan

Menurutnya, biasanya, peniaga akan memotong dan membelah kelapa untuk mendapatkan air kelapa. Tetapi peniaga ini memudahkan pelanggannya dengan menjual air kelapa yang boleh diminum dengan cara paling senang. Hanya buka safety pins dan minum dengan straw! Amat mudah. Buah kelapa boleh dibawa balik untuk mendapatkan isinya.

“Bagus gila produk peniaga ini. Lokasi di Tesco Ampang. Kalau open sistem ejen confirm winning product. Aku nak tengok produk ini berjaya,” kata pengongsi video tentang air kelapa jalanan yang membuat inovasi terhadap packagingnya.

Selain ciptaan jualan air kelapa yang inovatif, peniaga ini juga menjual air kelapa tersebut dengan harga yang sangat murah. Pelanggann boleh mendapatkan 3 biji kelapa dengan hanya dikenakan harga sebanyak RM10 sahaja. Murah, bukan?

“Hanya buka safety pins dan tekan lalu terus masuk straw dan boleh minum!”, kata peniaga terbabit.

air kelapa jalanan air kelapa jalanan air kelapa jalanan

RM10 dapat 3 Biji, Bukan Setakat Inovatif Tapi Murah Sangat!

air kelapa jalanan

Bagus gila produk peniaga ini.

📍Tesco Ampang. pic.twitter.com/ddB8EvxbDi

— Mehméd Aezhad (@MehmedAezhad) January 15, 2023

BacaJuga

cipta kotak makanan

“Anak Malaysia Ramai Pandai Sebenarnya..”, Video Budak Lelaki Cipta Kotak Makanan Viral, Netizen Bangga Dan Doakan Agar Adik Ini Berjaya

Januari 19, 2023
137
lagu baru di YouTube

“Dengar La, Best!”, Rider Foodpanda Mohon Orang Ramai Support Lagu Baru Di YouTube, Netizen Kagum Dengan Cara Kreatif Promosi Lagu

Januari 13, 2023
460

Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen yang terpukau dan turut kagum dengan cara penyediaan air kelapa jalanan terbabit selain harga yang ditawarkan begitu murah.

“Murah. Normal dekat tepi jalan pun sebiji RM5,” ujar netizen bernama Alifdalmim.

“Produk bagus. Presentation kena improve sikit. Kat mana dia buang ‘safety pin’ tu?”, komen netizen lain bernama Megat Azman.

“Padu orang Malaysia. Produk Malaysia yang berteknologi tinggi,” tulis netizen dengan perasaan bangga.

“Bayangkan, ini produk import dari Thailand dan harga yang dijua sangat murah berbanding kelapa yang dipetik dari negara sendiri. Datang dengan packaging inovasi ‘thumb’ itu lagi. Memang terbaik,” komen netizen bernama Fathi.

Untuk info, produk ini diperkenal di Thailand dan dipasarkan juga di Malaysia dan Indonesia.

Perkembangkan Idea Inovatif Dalam Peniaga Kecilan

air kelapa jalanan

 

Sebenarnya, banyak kebijasanaan peniaga-peniaga kecil yang patut diambil perhatian dengan sewajarnya. Semoga inovasi dalam perniagaan seperti ini dihargai lagi. Mungkin inovasi air kelapa ini sudah banyak di negara jiran seperti Thailand. Tetapi dengan ini, ia boleh membuka mata kita semua untuk lebih berfikir kreatif dan inovatif untuk tarikan yang lebih menarik.

Sumber: Mehmed Aezhed

Baca juga: “Macam Mana Boleh Jual Murah?”, Air Soya Lejen Paling Sedap & Murah Di Kota Bharu, Mana Nak Dapat Harga RM2 Zaman Ni!

Free Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
download udemy paid course for free
download intex firmware
Tags: air kelapa jalanankisah kreatifpeniaga inovatif
ShareTweetSend

Related Posts

Mat Salleh Australia
Berita

Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

Januari 27, 2023
0
peniaga celup tepung
Berita

Peniaga Celup Tepung Rugi Hampir RM100,000 Akibat Fenomena Air Pasang, Hampir 200 Pelanggan Lihat Kejadian Yang Dahsyat

Januari 27, 2023
73
gadis OKU
Berita

Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Januari 27, 2023
82
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist