Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe, Hidangan Yang Refreshing Di Tekak!

Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe, Hidangan Yang Refreshing Di Tekak!

Kategori: ,
Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe

Ramai yang berkongsi tentang resipi-resipi air yang lain dari lain. Sememangnya sedap dan lazat untuk hilangkan kering tekak kan?

Antara banyak pilihan yang ada, kami kongsikan satu resipi minuman yang refreshing tau! Boleh jadikan hidangan untuk iftar dan juga raya ni.

Kalau korang yang selalu pergi Secret Recipe, pasti sudah terbiasa dengan air yang super sedap di sana. Air Lemon Asam Boi di sana memang sedap kan.

Jadi untuk perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe. Sesuai sangat diminum untuk segarkan badan dan tekak! Sekali slurppp pasti teringat!

Jom ikuti perkongsian oleh Wani dan dikongsi semula oleh Linda Safar:

Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe, Hidangan Yang Refreshing Di Tekak!

Bahan-Bahan:

  • buah asam boi
  • lemon
  • limau kasturi
  • serbuk asam boi
  • air batu
  • air soda – kalau nak lagi sedap guna jenama Sprite Lemon Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe

Cara Penyediaan:

  1. Campur sahaja kesemua bahan dan kacau sehingga rata semua bahan di dalam air.
  2. Yang tak suka masam boleh kurangkan sedikit limau kasturi.
  3. Siap dan boleh dihidang. Sukatan boleh mengikut banyak mana yang korang inginkan. Anggarkannya. Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe

Siap pun Air Lemon Asam Boi Ala-Ala Secret Recipe. Bolehlah sediakan untuk hidangan pada bila-bila masa yang korang mahukan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Wanie

Baca juga: Hilang Haus Tekak – Ini Resipi Vanilla Blue With Ice Cream Disukai Ramai, Rasa Berlemak & Berkrim Memang Bagi Kelainan Rasa

tags: | |