Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Air Mineral Bubbles O2 Selalu Habis Di Pasaran, Rupanya Ada Air Wakaf Bubbles O2 Anda Boleh Tadah Percuma

Air Mineral Bubbles O2 Selalu Habis Di Pasaran, Rupanya Ada Air Wakaf Bubbles O2 Anda Boleh Tadah Percuma

Kategori: ,
air mineral Bubbles O2

Bubbles O2 merupakan air mineral jenama tempatan yang sedang menjalankan inisiatif air mineral yang sangat kaya dengan oksigen terlarut sehingga melebihi tahap ketepuan sekali gus menjadikannya kelihatan berkilau seperti kirstal unik apabila dibotolkan dari sumbernya.

Ia menjadi buruan ramai kerana air mineral berkenaan sangat sedap rasanya, lain dari rasa mineral biasa.

Air Mineral Bubbles O2 Selalu Habis Di Pasaran, Rupanya Ada Air Wakaf Bubbles O2 Anda Boleh Tadah Percuma

air mineral Bubbles O2

Menurut orang ramai, difahamkan beberapa lokasi jualan air mineral Bubbles O2 tersebut sentiasa kehabisan stok.

Apa yang mengejutkan orang ramai, apatah lagi di kalangan peminat air meneral Bubbles O2, ada satu lokasi di mana air mineral itu diwakafkan dan orang ramai boleh datang mengambilnya secara percuma.

Menerusi hantaran video TikTok @lizanora73, air Bubbles O2 itu boleh ditadah secara percuma di Al Ammar Complex yang terletak di Negeri Sembilan. Di situ juga terletaknya ibu pejabat Bubbles O2.

Boleh Diambil Dari Isnin Hingga Sabtu Di Al Ammar Complex, Negeri Sembilan

air mineral Bubbles O2

Satu notis diletakkan di situ memberitahu bahawa air mineral Bubbles O2 wakaf tersebut hanya boleh diambil pada hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang sahaja.

Bagaimanapun orang ramai tidak dibenarkan untuk menadah air wakaf Bubbles O2 itu pada hari Ahad dan cuti umum. Namun, satu komen dikongsikan TikTok @bubbleso2hq menyatakan hari Sabtu juga ditutup.

Untuk makluman, air mineral Bubbles O2 ditemui ketika kerja-kerja meratakan kawasan pembinaan Kompleks Al Ammar, Kampung Kanchong Rantau pada 2018.

Memetik Berita Harian, hasil kajian mendapati ia mempunyai kandungan mineral yang baik dan kandungan oksigen terlarut yang sangat tinggi, iaitu melebihi 100 peratus.

Dan pengesahan kandungan oksigen telah diperakui oleh makmal bertauliah.

Sumber: Lizanora73 & Berita Harian 

Baca juga: Lelaki Ini Dedah Makanan Di Hat Yai Tidak Semurah Yang Disangka, Ada Beza Dulu & Sekarang

tags: |