Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Masukkan Air Rebusan Rahsia, Bihun Goreng Biasa Jadi Rasa Luar Biasa

Masukkan Air Rebusan Rahsia, Bihun Goreng Biasa Jadi Rasa Luar Biasa

Kategori: ,
bihun goreng biasa

Seperti selalunya, bihun adalah makanan yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pelbagai jenis masakan yang boleh dibuat tidak kiralah yang goreng atau berkuah.

Ada yang suka makan dengan style bihun goreng, bihun sup ataupun bihun tomyam. Tetapi, perkongsian kami untuk bihun kali ini lain dari yang lain.

Bihun ni nampak putih macam bihun Singapore, tapi apa yang pasti ia bukanlah bihun Singapore kerana kami tak masukkan lada hitam atau apa-apa cili.

Ia bukan sebarang putih, walaupun tanpa warna tapi bihun ini memang sedap. Terasa rencah-rencahnya. Kalau hidang pada anak-anak pun mereka suka.

Bagi yang nak cuba boleh ikut resepi dan tips yang dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.

Masukkan Air Rebusan Rahsia, Bihun Goreng Biasa Jadi Rasa Luar Biasa

Bahan-Bahan:

  • bihun
  • isi ayam
  • bawang putih diketuk-ketuk
  • pati ayam
  • fish ball
  • telur
  • tomato
  • lada putih
  • sos tiram
  • lobak merah – sagat

Cara Penyediaan:

  1. Rendam bihun (jenama Jasmin) dengan air biasa.
  2. Rebus isi dada dengan bawang putih, garam dan sedikit pati ayam. Selepas masuk tos dan carikkan isi ayam (kalau nak cepat boleh tumbuk dengan lesung batu saja). Sup atau air rebusan disimpan.
  3. Cara masak, goreng dulu fish ball. Ketepikan dan goreng telur buat scramble. Ketepikan.
  4. Minyak yang sama, masukkan bawang putih sikit dan kalau ada tomato goreng bersama. Letak tomato lagi sedap.
  5. Kemudian, masukkan sup dan ayam tadi. Masukkan sos tiram dan juga lada putih, kacau.
  6. Perasakan dan masukkan bihun yang telah lembut. Ketika ini guna api sederhana, jangan besar atau kecil sangat. Jangan kerap kacau supaya bihun tak patah.
  7. Bila nampak air kering, masukkan fish ball dan lobak merah yang disagat.
  8. Kacau rata dan rasa, jika tawar boleh tambah garam.
  9. Selamat mencuba!

bihun goreng biasa bihun goreng biasa bihun goreng biasa bihun goreng biasa bihun goreng biasa

Baik, sudah siap kita punya bihun goreng biasa tapi rasa luar biasa ni. Memang sedap bila tambah air rebusan seperti dalam resepi.

Cubalah! Dan selamat menikmati!

Sumber: Nur Aida MD Zainuddin

Baca juga: Masak Lemak Kubis Jadi Kesukaan Keluarga, Makan Pula Dengan Budu Dan Sambal!

tags: | |