Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Air Zam-Zam Palsu Ada Dua Jenis..”, Penjelasan Lelaki Ini Tentang Ketulenan Air Mineral Semula Jadi Buat Orang Ramai Sedar!

“Air Zam-Zam Palsu Ada Dua Jenis..”, Penjelasan Lelaki Ini Tentang Ketulenan Air Mineral Semula Jadi Buat Orang Ramai Sedar!

Kategori:
air zam-zam palsu

Pada 1 Julai lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisyam Abdullah menyatakan pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air Kementerian Kesihatan (KKM) setelah mendapat doukmenen pengesahan.

Pengesahan itu adalah daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisyam Abdullah.

Ini kerana katanya, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan tersebut berikutan air zam-zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan.

“KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang mendapatkan lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam-zam,” katanya dalam satu kenyataan.

“Air Zam-Zam Palsu Ada Dua Jenis..”, Penjelasan Lelaki Ini Tentang Ketulenan Air Mineral Semula Jadi Buat Orang Ramai Sedar!

air zam-zam palsu

air zam-zam palsu

Terbaharu di Twitter, satu bebenang yang ditulis oleh Ben Mazlan meraih perhatian warga maya kembali tentang isu air zam-zam. Ini kerana, ramai yang tertipu dengan penjualan air zam-zam di kedai ataupun atas talian kerana tidak mengetahui hakikat sebenar.

Katanya, air zam-zam memang tidak dibenarkan eksport ke luar Saudi. Ia hanya boleh didapati ketika orang pergi mengerjakan Haji atau Umrah sahaja.

“Makna tidak ada zam-zam ori yang dijual. Bila eksport tak ada lesen pun, automatik tak ada. zam-zam palsu ada dua jenis,”katanya.

“Jenis pertama korang terbeli air mineral yang dah repackage. Biasanya orang pakai air sparkling. Bodoh kalau beli.

“Jenis kedua hazab sikit. Korang terbeli dari air yang dicelup kain dan bagi kering. Balik Iran, depa (geng ini) akan celup kain dalam air dan panggil air tu Zam-Zam.

“Nak rasa zam-zam tanpa pergi haji/umrah memang tak ada pilihan lain dari pergi jumpa orang yang baru balik Haji/Umrah dan depa bagi minum seteguk,”jelasnya menerusi bebenang Twitter tentang air zam-zam palsu itu.

Air Zam Zam Hanya Boleh Didapati Melaui Orang Pergi Umrah / Haji Sahaja

air zam-zam palsu

Tambahnya lagi, ramai orang mengatakan punca Saudi tidak mengeksport zam-zam kerana takut zam-zam jadi ‘snake oil’ atau ubatan palsu. Ada yang mengatakan zam-zam tercemar. Ada kata takut telaga zam-zam jadi rosak kalau jual. Punca yang last tu paling probable.

Katanya, benda ni sejujurnya kena pesan kepada pelajar atau murid yang mahu mengambil ujian. Sebab golongan ini yang ramai mencari air zam-zam. Asalnya mungkin tidak menjadi masalah, tapi dia jadi masalah bila ramai juga sampai ke tua percaya yang air zam zam diminum itu ori, melainkan ada saudara yang bagi selepas balik Umrah/Haji.

Maka, berzaman la hidup lagi penjual zam-zam palsu ini.

Sumber: Ben Mazlan

Baca juga: Mulai 1 Julai, Lelaki Ini Mahu Pakai Picagari Untuk Sukat Minyak Masak Bagi Jimat, Netizen Terhibur!

tags: | |