Bosan dah makan aiskrim yang perisa biasa-biasa sahaja, anda boleh cuba inovasi resepi aiskrim malaysia yang baharu malah boleh menjualnya.
Boleh mendapat keuntungan kerana aiskrim ini jarang sekali dijual di mana mana kedai runcit.
Aiskrim Bluemint Dynamite Yang Berangin, Orang Lain Sangkakan ‘Aiskrim Alien’, Tapi Rasanya Sangat Sedap & Nak Makan Lagi
Resepi ini dikongsikan di laman media sosial Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari ini (Che marlyah Ina Saad), Aiskrim Bluemint Dynamite ini lain dari yang lain berbanding Aiskrim Malaysia yang kita jumpa.
Mudah sahaja cara penyediaannya, hanya boleh buat sahaja di rumah.
Bahan-Bahan:
- 1 tin susu cair*
- 1 tin susu pekat manis*
- 4 tin air*
- 1/2 sudu kecil garam*
- 5 sudu besar tepung ubi rata (Di bancuh dgn air dahulu)
- Pewarna makanan (biru)
- Gula-gula dynamite secukupnya
Cara Penyediaannya:
- Masukkan bahan yang bertanda (*) ke dalam periuk dan kacau bagi sebati.
- Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
- Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
- Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
- Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih sekejap.
- Tutup api, sejukkan dan tapis ke dalam jug.
- Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
- Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.
Bukan anak-anak sahaja yang menggemari Aiskrim Bluemint Dynamite ni, mak ayah pun akan suka kerana jarang sekali untuk rasa aiskrim perisa ini.
Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!
Kredit: Masak Apa Tak Jadi Hari ini (Che marlyah Ina Saad)
Baca Juga: Cara Betul Tanam Pokok Pudina Supaya Tumbuh Cantik & Mekar, Ramai Yang Tak Tahu