Sepanjang musim PKP ni, mulut asyik nak mengunyah je kan? Tambahan lagi musim panas ni memang kalau boleh nak benda yang sejuk je. Contohnya aiskrim. Hari-hari makan pun tak kisah. Tapi membazir jugak kalau hari-hari beli aiskrim. Jadi, apa kata jom try buat sendiri aiskrim coklat guna 4 bahan sahaja ni. Baru puas hati, kot lebih sedap dari yang kedai mana tahu kan?
Cara Buat Aiskrim Coklat Guna 4 Bahan

Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar ovalette
- 4-5 sudu besar serbuk koko / milo
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko dalam mangkuk.
- Lalu putar putar guna mixer dalam 10-15min. Penting putar lama2 sbb nk bagi ovalette tolong gebukan.
- Masukkan serbuk koko & putar sampai dia punya konsistensi mcm gambar kt bawah. Bila kita angkat mixer, bentuk dia stay.

- Okay pastu dah boleh letak chip choc dan lain2.
- Dah boleh masukkan dlm tupperware eskim yg tak guna jgn amek yg mak korang guna letak ikan lak.
- Dah letak dlm tupperware ikut korang la nk tambah hias2 atas aiskrim tu biar lawa. Ok done boleh letak dlm peti.
https://twitter.com/jmaolla/status/1250024732298063872

Selamat mencuba!
Kredit resepi: @jmaolla
Baca juga: Cara Mudah Buat Ais Krim Sebijik Macam Neapolitan Nestle