Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sedih Lain Macam..”, Ajak Kawan Makan Bekal Makanan Sama-Sama, Tapi Mereka Tak Nak..

“Sedih Lain Macam..”, Ajak Kawan Makan Bekal Makanan Sama-Sama, Tapi Mereka Tak Nak..

Kategori:
makan bekal makanan sama-sama

Dalam keadaan ekonomi yang menyuruh kita supaya lebih berjimat cermat, pasti ada di antara kita yang membawa bekal ke sekolah atau pejabat. Terkadang, bekal makanan yang dibawa memang sengaja dilebihkan untuk berkongsi makanan bersama rakan-rakan, sambil niat untuk bersedekah.

Tetapi, anda pernah tak berhadapan dengan situasi yang dimana anda membawa bekal untuk berkongsi bersama rakan, dan rakan sekerja anda menolak pelawaan tersebut. Ada sebuah video yang dimuatnaik oleh Firfauzii telah tular kerana menceritakan bagaimana perasaan seseorang yang mempelawa rakan sekerja untuk makan bersama tetapi pada akhirnya ditolak.

“Sedih Lain Macam..”, Ajak Kawan Makan Bekal Makanan Sama-Sama, Tapi Mereka Tak Nak..

makan bekal makanan sama-sama

Video itu hanya merupakan satu sudut pandang (pov) untuk kita lebih berhati-hati jika berhadapan dengan situasi begini.

“Bro makan jom. Aku bawak bekal untuk kita.”

“Taknak lah.”

“Jom lah banyak ni aku bawak. Makan sama-sama.”

“Sedap sangat ke?”

“Sedap, rendang.”

“Tak nak bro.”

“Taknak, okay.”

Begitulah dialog situasi yang dipaparkan untuk menunjukkan sisi perasaan orang yang ditolak itu. Setidaknya, jamahlah sedikit sebagai tanda penghargaan kerana rakan sekerja sudah penat memasak untuk berkongsi makanan dengan kita.

“Member pun takkan lah rasa sikit pun taknak. Alahai,” tulis Firfauzii dalam keterangan video ajak kawan makan bekal makanan sama-sama, tetapi ditolak.

“Jamahlah Sedikit Untuk Ambil Hati”

makan bekal makanan sama-sama

@firfauzii

Member pon takkan rasa sikit pon taknak alahai 😐🥲

♬ original sound – ookbeemy – ookbeemy

@firfauziiMember pon takkan rasa sikit pon taknak alahai 😐🥲♬ original sound – ookbeemy

Melihat ruangan komen, ramai yang berkongsi perasaan sama tentang kisah ini. Ada yang memberi pandangan masing-masing tentang adab sesama manusia dalam menjaga silaturahim menyentuh benda-benda yang kita tidak perasan pun selama ini kerana ia selalu dipandang remeh.

“Abang aku dulu, bawak bekal jemput-jemput. Pastu kawan dia taknak makan. Dia buang bekal abang aku depan mata. Sedih dia. Dengan ibu sekali sedih,” komen seorang netizen berkongsi pengalaman makan bekal sama-sama.

“Tak tahulah kenapa, kalau masak tapi orang tak sudi makan, sedih sangat rasa,” luah netizen lain bernama Nadin.

Sedih Kalau Orang Tolak Pemberian Kita, Tak Tahu Kenapa..

makan bekal makanan sama-sama

Melalui kisah video ajak kawan makan bekal makanan sama-sama, tetapi ditolak ini, kita boleh jadikan ia sebagai pengajaran untuk sentiasa menghargai pemberian dan pelawaan orang lain. Jika taknak, beritahu dengan baik dan jangan sampai melukakan hati orang yang sedang ingin berkongsi rezeki.

Sumber: Firfauzii

Baca juga: “Mereka Tak Minta Maaf..”, Kek Hari Jadi Bertukar Tragis, Pelanggan Ini Tempah Design Lembu Tapi Dapat Ini..

tags: | |