Sejak kebelakangan ini sering kali kita mendengar kejadian kemalangan yang menimpa penghantar makanan. Tidak kira sama ada penghantar makanan Grabfood atau Foodpanda. Sehingga kejadian tersebut menimbulkan kebimbangan ramai pihak.
Terbaru ada kejadian yang menimpa seorang ibu yang terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang mencari rezeki buat keluarganya. Wanita yang berusia 40 tahun ini baru sahaja menghantar makanan kepada pelanggannya.
Susulan kemalangan yang berlaku pada hari Rabu yang lalu di Sandakan Sabah, kaki kiri mangsa hancur selepas dirempuh dari belakang sebuah lori kira-kira jam 10.30 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, menerusi siasatan awal pihaknya mendapati motosikal yang ditunggang mangsa bergerak dari arah Batu Lapan ke Taman Fajar.
Akibat dari rempuhan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki kiri lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan lanjut. Manakala pemandu lori berusia 59 tahun itu tidak mengalami kecederaan.
Sumber: Astro Awani