Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Pandai Dia Nyorok,” Yang Lain Dah Siap Masak, Akak Ini Terkejut Jumpa Ketam ‘Menyorok’

“Pandai Dia Nyorok,” Yang Lain Dah Siap Masak, Akak Ini Terkejut Jumpa Ketam ‘Menyorok’

Kategori:
ketam segar

Ketam merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Dari  masak sambal sehinggalah ke shellout. Tak kira masak macam mana pun pasti akan jadi sangat menyelerakan.

Biasanya, kita beli ketam yang sudah mati bukan? Tapi ada juga sesetengah orang membeli ketam segar yang masih lagi ‘hidup’ sebelum dimasak supaya rasa ketam lebih fresh!

Ketam segar ini melarikan diri

Tapi lain pula yang terjadi pada wanita ini apabila ketam ‘hidup’ yang dibeli ‘meloloskan’ diri tanpa disedarinya. Ketam lain sudah siap dimasak, tapi tak sangka ada seekor ketam yang tertinggal.

Lihat video penuh di pautan ini.

Wanita itu dikenali sebagai Fatin yang terkejut melihat ketam itu kerana dia menyangkakan suaminya hanya membeli lima ekor sahaja dan semuanya sudah siap dimasak.

Mungkin tidak mahu menjadi lauk seperti yang lain, ketam itu melarikan diri ke ruang tamu dan menyorok berdekatan dengan sofa.

Warganet turut rasa terhibur dengan perkongsian itu dan rata-rata dari mereka sempat berseloroh menganai ketam itu yang dianggap ‘bijak’.

Kredit: Fatin Nurul Asyiqin

tags: |