Majoriti masyarakat kita mudah percaya pada ubat atau suplemen tambahan yang diiklankan tanpa mengetahui sebarang kesan sampingan yang datang. Walaupun telah banyak kempen kesedaran sudah dibuat, namun kemahuan yang sangat tinggi untuk nampak cantik akhirnya membuatkan sikap lalai pada diri sendiri memberi kesan buruk pada kesihatan.
Menerusi satu perkongsian video di laman sosial media TikTok, seorang wanita berkongsi pengalaman pahitnya selepas mengamalkan ubat menurunkan berat badannya.
Menurutnya, organ dalamannya hampir rosak ditambah pula dengan mulutnya yang sukar untuk berbicara sehinggakan dia terpaksa menggunakan kerusi roda kerana tangan dan kakinya berasa kebas setiap kali cuba menjejak ke tanah.
Wanita itu akhirnya dimasukkan ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan. Namun selepas itu, dia meminta izin untuk pulang bagi berubat secara tradisional pula. Atas kesungguhannya itu, dia beransur pulih dalam masa seminggu.
Sebagai seorang testimoni atau pengguna yang kurang bernasib baik, pemilik video itu menasihati netizen agar menghentikan pengambilan ubat sedemikian serta merta.
@einaaaa99 Effect ubat kurus merosak kan organ dalaman☹️ #fyp #fypシ #tiktokmalaysia
@masturinadaniaEffect ubat kurus merosak kan organ dalaman☹️ #fyp #fypシ #tiktokmalaysia♬ original sound – MasturinaDania
Rakaman yang berdurasi 15 saat tersebut telah menerima 947 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik. Melihat di ruangan komen, ada juga netizen lain yang terpaksa berdepan dengan kesan buruk mengamalkan ubat-ubatan seperti itu.
Terdapat 49 komen yang diberikan oleh pengikut akaun TikTok itu. Semoga semua yang membaca ini mengambil iktibar dari kisah yang disampaikan ini dan lebih berhati-hati dalam memilih ubat atau suplemen yang betul.
Sumber: TikTok masturinadania