Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hanya Disebabkan Bagi Makanan ‘Frozen’, Maryam Dikritik Tak Pandai Jaga Anak

Hanya Disebabkan Bagi Makanan ‘Frozen’, Maryam Dikritik Tak Pandai Jaga Anak

Kategori:

Sebagai ibu bapa, kita pasti nakkan yang terbaik untuk anak, lebih-lebih lagi ketika anak masih kecil. Selagi boleh, ibu bapa pasti akan sediakan makanan serta kelengkapan yang terbaik supaya anak membesar dengan sihat.

Namun, pada zaman penggunaan media sosial di hujung jari ni, ramai pula netizen yang mengkritik cara Maryam hanya kerana dia berikan makanan ‘frozen’ untuk bayinya, Rina.

Makanan ‘Frozen’

Sebagai seorang ibu, perkara ini jelas memberi kesan kepada Maryam kerana adalah tanggungjawabnya untuk memastikan puterinya mendapat nutrisi yang lengkap dan berkhasiat.

Menurut Ryzal, isterinya kecewa apabila netizen gelakkan caranya sediakan makanan untuk anak.

“Memang jelas riak muka Maryam macam terasa seperti dia ibu yang tak sayangkan anak bagi makanan frozen.

Saya bagitahu Maryam orang macam ni dia nak perhatian saja, sebab Maryam tak pernah reply mesej dia rasanya. Saya minta Maryam block dia, Kalau dia disini, minta ‘unfollow’ kami”, jelas Ryzal.

Makanan ‘Frozen’ Tu Dia Buat Setiap Malam…

Tambah Ryzal lagi dalam hantarannya di laman Facebook Duriankimchi, makanan bayi yang disediakan oleh Maryam dibuat setiap malam untuk makan keesokan harinya sampai ke malam.

Ryzal juga kagum dengan usaha Maryam yang nak buat semuanya sendiri dan tak pernah beli makanan bayi di luar.

Untuk berikan yang terbaik. Ryzal dan Maryam juga sangat teliti dalam sediakan barangan keperluan lain untuk anaknya Rina tanpa mengira masa.

Setiap kali nak balik Kelantan, mereka berdua sanggup sediakan kereta khas untuk bawa barangan puteri mereka seperti sterilizer, tilam bayi dan food processor.

Makanan ‘Frozen’

Jangan Layan Orang Negatif..

Dalam pada itu, ramai netizen yang bergelar ibu bapa sempat berikan kata-kata semangat dan ucapkan tahniah buat Maryam atas usahanya dalam sediakan sendiri makanan untuk anak. Netizen berpendapat tak semua ibu bapa mampu buat begini.

 

Netizen juga menganggap air tangan ibu adalah makanan terbaik yang anak boleh dapatkan. Menurut mereka, selagi caranya tak memudaratkan anak, ianya sudah memadai.

Makanan ‘Frozen’

Menerusi ruangan komen, sesetengah ibu juga sempat berkongsi pengalaman mereka sediakan makanan ‘frozen’ dan stokkan susu bayi secara sejuk beku untuk anak. Bagi mereka, cara ini memang tiada masalah dan sangat membantu untuk ibu-ibu yang sibuk.

Justeru itu, netizen minta supaya Maryam abaikan saja kritikan negatif dan teruskan berikan yang terbaik untuk anak.

Sumber : Facebook Duriankimchi

tags: |