Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Suka Kunyah Ais? Doktor Ini Dedahkan Akibat Yang Anda Perlu Tanggung Pada Gigi Anda. Cepat-Cepat Stop!

Suka Kunyah Ais? Doktor Ini Dedahkan Akibat Yang Anda Perlu Tanggung Pada Gigi Anda. Cepat-Cepat Stop!

Kategori: ,
MENGUNYAH AIS

Amalan mengunyah ais merupakan tabiat yang biasa dilakukan oleh orang ramai. Malah, ada beberapa individu yang sangat gemar untuk melakukan perkara itu, terutamanya selepas meminum minuman yang berais.

MENGUNYAH AIS

Meskipun kelihatan tidak membahayakan, tabiat untuk mengunyah ais merupakan petanda bahawa seseorang itu kekurangan zat besi dan mengalami pica (keinginan untuk memakan objek seperti ais, debu, kertas, tanah liat dan lain-lain).

Malah, terdapat beberapa kajian kesihatan telah mendedahkan bahawa mengunyah ais turut boleh memberi kesan negatif kepada seseorang individu. Di laman TikTok seorang doktor telah berkongsi video kesannya pada gigi anda.

Berhenti Mengunyah Ais!

Video yang mendapat lebih 500 ribu views itu menunjukkan gigi seorang individu telah rosak, hitam dan retak kerana suka mengunyah ais. Masalah itu sangat parah sehingga memasak doktor untuk mencabut salah satu giginya.

@drweijianStop chewing on ice y’all 😩 ##tiktokguru ##learnontiktok ##jombelajar ##dentist ##fyp @drmassidental♬ THATS WHAT I WANT BY LIL NAS X – lil nas x

Turut dinasihatkan dalam video tersebut bahawa anda perlu elak membuka botol atau tin dengan menggunakan gigi. Tabiat mengisar dan mengepalkan gigi turut perlu dijauhi.

Gigi seseorang individu itu terang-terang tidak sesuai untuk mengunyah objek yang sangat keras dan solid seperti ais. Jika dilakukan selalu, ia boleh merosakkan enamel pada gigi anda. Malah, ais yang sejuk boleh juga meningkatkan sensitiviti dan kaviti pada gigi.

Jangan disangka bahawa gula-gula dan benda yang manis sahaja yang boleh merosakkan gigi. Tabiat mengunyah ais merupakan tabiat yang perlu anda hentikan dengan segera jika sayang pada gigi. Kalau dah rosak, di mana lah nak cari ganti yang baru.

Kredit: TikTok drweijian

Baca Juga: Petua Melegakan Sakit Gigi Akibat Gigi Berlubang, Hanya Guna 2 Bahan Yang Ada Di Dapur Sahaja!

 

 

tags: |